CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4406|Reply: 73

[Tempatan] Wanita mahu pandangan kedua lepas sakit disyaki akibat dos penggalak

  [Copy link]
Post time 23-1-2022 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Wanita mahu pandangan kedua lepas sakit disyaki akibat dos penggalak

https://www.malaysiakini.com/news/608013

Hariz Mohd
Diterbitkan:  Jan 23, 2022 8:13 AM⋅
Dikemaskini: 8:14 AM



Seorang penerima vaksin Covid-19 mengharapkan bantuan bagi mendapatkan pandangan kedua daripada hospital swasta selepas diberitahu jarinya mungkin perlu dipotong susulan disyaki cedera akibat vaksin.

Ibu tunggal, Christina Selvamoney, 50, berkata dia mula merasa sakit di tangan kiri sehari selepas menerima suntikan dos penggalak pada 6 Januari.

Kemudian, katanya lagi, tiga jarinya mula menjadi kebiru-biruan.

Menurut guru tadika itu, anaknya membawanya ke Hospital Kajang sehari kemudian, apabila dia tidak lagi dapat menahan rasa sakitnya.

Ujian menunjukkan terdapat gumpalan kecil darah beku di saluran darah di bahagian atas jantungnya.

“Pada mulanya, berdasarkan imbasan CT oleh Hospital Kajang, doktor kata saya ada darah beku di urat atau arteri tangan kiri. Tapi kemudian saya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor di sana kata ada sumbatan di atas jantung, dalam arteri bersambung ke tangan kiri.

“Pemeriksaan juga tunjukkan tiada denyutan di jari manis dan kelingking. Doktor kata tiga lagi jari okey.

“Ketika beberapa hari pertama dimasukkan ke HKL, beberapa doktor beritahu jari tak dalam keadaan baik dan jika keadaan memburuk, jari boleh mengecut dan perlu dipotong,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di hospital, pada Khamis lalu.

Christina berkata, prognosis itu benar-benar membimbangkannya kerana dia perlu menyara dirinya dan dua anaknya - kedua-duanya sedang menuntut di kolej.

Katanya lagi, dia mahu mendapatkan pandangan kedua daripada pengamal perubatan swasta, tetapi tidak mampu membayarnya kerana gaji yang tidak seberapa.

Menurut Christina, dia baru bekerja di tadika itu setelah menganggur hampir setahun. Sebelum ini, dia juga menjadi guru sebelum tadika tempatnya bekerja tutup tahun lalu.

“Jika mereka asyik kata mahu potong (jari saya), saya tak boleh biarkan saja.

“Saya mahu dapatkan pandangan kedua, dan lebih baik jika saya boleh dapatkannya awal kerana saya takut jika saya tunggu terlalu lama, keadaan bertambah buruk.”


Kerajaan perlu beri penjelasan

Christina mendakwa doktor di kedua-dua hospital memberitahunya kemungkinan masalah yang dihadapi berpunca daripada vaksin.

Dia mendapat dos pertama dan kedua pada 2 dan 23 Julai tahun lalu.

Dia menerima vaksin Pfizer bagi ketiga-tiga dos.

Kecewa dengan apa yang dihadapinya, Christina berharap kerajaan dapat memberi penjelasan tentang apa yang berlaku.

Dia mendakwa turut mengalami tindak balas buruk selepas suntikan dos kedua.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kecuali kencing manis. Dia juga tidak merokok mahupun minum minuman beralkohol.

“Sebenarnya saya agak keberatan untuk ambil dos penggalak, tetapi anak perempuan saya suruh saya pergi.

“Dia kata saya perlu divaksin jika mahu teruskan kegiatan sosial dan melawat keluarga di Ipoh. Jadi saya setuju.”

Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Kesihatan untuk mengulas perkara ini. Seorang jurucakap berkata pihaknya masih meneliti kes ini.

Walaupun kesan sampingan vaksin Covid-19 lazimnya tidak berat dan bersifat sementara, terdapat kes-kes sebaliknya dilaporkan.

Pihak berkuasa kesihatan, termasuk KKM, mempertahankan penggunaan vaksin dengan berkata manfaat bagi melawan Covid-19 jauh melangkaui risikonya.

Pada Khamis lalu, KKM mendedahkan telah menerima 24,286 laporan berhubung kesan buruk susulan imunisasi (AEFI) setakat 15 Jan.

Daripada jumlah itu, hanya 42 kes dikenal pasti sebagai serius.

Pada 26 Nov tahun lalu, KKM juga memaklumkan telah meluluskan lapan tuntutan berjumlah RM132,500 di bawah Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19, dengan 78 masih dalam penilaian dan tujuh tuntutan ditolak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dijemput semua para hadirin dan hadirat untuk memberi sepatah dua pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Moga cepat sembuh. Klau dpt pampasan pun..tpi hilang jari tangan sedih jugak. Ada ke rawatan2 alternatif lain selain kena potong jari ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg perlu dapatkan 2nd opinion....
Kadang tu hospital gomen ni kerja nak senang,  ringkas dan cepat...
Sebab pernah terjadi kat my BIL,  accident jatuh motor hantar hospital gomen doktor terus nak potong....
Rujuk doktor pakar, tak perlu cuma duit kena ada banyak.. .. Mujur ada insurance.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenape?  Pandangan pertame tu tak betol ke julen ke achi??
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by manzilla at 24-1-2022 12:19 AM

Aku tak rasa beliau boleh klem suku sen pun baik daripada pihak insuran mahupun kerajaan, sebab sendiri yang sanggup bermain Russian Roulette demi mengawal penularan kobid, eh, demi ke sana ke sini seperti kata anak beliau.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
I pun x nak ambil dos penggalak  lantaklah klu x blh blk kg pun....sbb since vaksin dos kedua...sakit kaki i mkn menjadi2...nak tdo pun malam pun susah dgn sengal kat tangan tempat cucuk ni x baik2. ..terseksa nak angkat tangan..pakai dan buka baju.....dah berbulan2 cucuk pun masih sakit..tak nak lah ambil risiko dgn nyawa sendiri....kj x de hak nak paksa org cucuk booster
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak lah aku nak serah diri pergi cucuk... Dgn ini aku declare join team antivaks. Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 24-1-2022 12:28 AM
I pun x nak ambil dos penggalak  lantaklah klu x blh blk kg pun....sbb since vaksin dos kedua...saki ...

Uiiissshhh sampai gitu ka.. lama ya..uols inject vaksin apa? Aii kena Pfizer gitu la..otot tangan sakit .ka urat sakit nk angkat tangan xboleh..3hari sakit..hazab wei..nk buat kerja rumah..nk jaga baby..susukan diam..booster mmg xkn ambik. Sakit ooh.. husband sinovac booster Pfizer pun cakap sakit tangan lepas inject. Mcmna nak inject budak2 dgn Pfizer
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:17 AM | Show all posts
Kesiannya...iols sakit lengan dan lesu sikit je lps amik booster
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 24-1-2022 07:08 AM
Uiiissshhh sampai gitu ka.. lama ya..uols inject vaksin apa? Aii kena Pfizer gitu la..otot tangan  ...

I dpt pfizer gak....agaknya dos vaksin ni kuat kot..  you take care ya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas dos ke 2, tangan kiri mcn x fungsi ..klu pegang brg boleh jatuh.. dkt 3 bulan jugak... So dah decide x nak ambik boster dah reject 2kali kt MS
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena “covid fingers” (as opposed to covid toes).  Mula2 dulu before ada vaksin, covid patients yg tak ada symptoms almost, mostly dapat covid toes.  Sekarang almost tak jumpa except in patients yg ada poor blood circulation usually people with diabetes. Experts believe it is the way their bodies fight off infection.  Maybe kakak ni body dia dah kuat lepas tu masuk lagi booster so overdose.  Selalunya akan baik tapi worse case scenario kena potong kalau turn to gangrene.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 23-1-2022 11:25 PM
Kenape?  Pandangan pertame tu tak betol ke julen ke achi??

Nanti ada la antubeks akn bekap ckp dulu2 sblm beksin meksin ni dh brp ramai org kena potong jari, kaki, potong kepala nih...x de kena mengena pun dgn dos 1-8....beksin suci murni bak embun pagi.......antibeks jerr propa lebih
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:09 AM | Show all posts
Daripada jumlah itu, hanya 42 kes dikenal pasti sebagai serius.


KKM memang jebo, HANYA 42 kata nya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AyaqMeloSuam at 24-1-2022 08:26 AM

Lepas 2nd dose aku kna siatica. Half left body.. 8 days cant walk.. so how? Smpi skrg.. kaki & tgn kiri aku lengguh.. mcucuk bhgian kaki kiri. Aku refused booster. Sb aku jmpa doc kt ppv tu. Dorg suh p spital utk dptkn pngesahan. Bru blh cucuk. See..depa pn xmau btangjwb ok klu apa2 jd kt kita. Kita yg tanggung. Bodo2 ja xleh keja bbulan2.. nasib msa 2nd dose aku wfh.. lani dh stat keja.. klu jd apa2 kt aku mcmna? Depa blh buat apa? Jz ckp.. simptom sementara? B@&@^.. yg meraung tu aku xleh lena, duduk, bjln, baring, mandi.. sakit gila mcm tulang kna cucuk2 dek pisau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
I bila mcm ni menyampah btl dkt kj dgn polisi2 vaksinnya  at least adham baba walaupun org kutuk2 dia psl air suam lah  spanish fly lah etc takde nak jeopardize kan nyawa org
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:45 AM | Show all posts
slavehunter replied at 23-1-2022 10:03 PM
Dijemput semua para hadirin dan hadirat untuk memberi sepatah dua pandangan.

terima kasih pengerusi majlis...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
vaksin covid punya pasal... KKM peduli apa setakat hilang jari jer kan...

selagi ramai rakyat msia yg masih sihat selepas vaksin, selagi tu la KKM suh amik vaksin, kalo bole nak suh telan sekali dgn botol vaksin tu... agar dpt lawan covid19 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 08:57 AM | Show all posts
dulu ikhtiar... skrg iktibar bak kata retis Rita...
iols harap anak2 sheols tak abaikan tanggungjawab utk menjaga mak mereka sekiranya mudarat pada diri maknya itu berpanjangan...
moga para2 antuvaks boleh menghulurkan bantuan pada sheols untuk menampung kos mendapatkan rujukan pihak kedua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.078480 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list