CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 451|Reply: 2

[Sabah] Burung Sekendi Sudu Muka Hitam direkod berhijrah ke Kota Belud

[Copy link]
Post time 23-1-2022 08:40 PM | Show all posts |Read mode


BURUNG: Spesis burung Sekendi Sudu Muka Hitam yang dirakam di Tempasuk Sangkir Kota Belud baru-baru ini. Gambar ihsan Noor Hirzan

KOTA BELUD: Sejak 6 Januari lepas, peminat pemerhati dan fotografi burung, berkumpul di Tempasuk Sangkir di sini bagi melihat dan merakam gambar burung yang hampir pupus iaitu burung Sekendi Sudu Muka Hitam atau nama spesifiknya Platalea minor juga dikenali sebagai 'The Black-Faced Spoonbill'.

VAGRANT

Ahli Zoologi Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Abdul Hamid Ahmad berkata, burung berkenaan antara spesis yang hanya sekali-sekala berhijrah sehingga sampai di negara ini.

Beliau ketika dihubungi berkata, ia dikategorikan sebagai spesis burung yang mengalami ancaman kemerosotan populasi kerana kerosakan yang berlaku di habitatnya.

"Burung ini hidup dan membiak di wilayah Asia Timur iaitu di sekitar Korea, China dan Rusia. Kumpulan burung ini akan berpindah ke Jepun, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, dan Filipina pada musim sejuk bermula Disember hingga Mac setiap tahun.

"Menurut rekod, hanya sesekali sahaja burung berkenaan singgah di negara ini dan disebabkan itu ia dianggap sebagai 'Vagrant' iaitu spesies burung hijrah yang berpindah lebih jauh daripada kawasan yang ia biasa dilihat," jelasnya.


PERUBAHAN LOKASI

Abdul Hamid (gambar) berkata, burung berkenaan bergerak dalam satu kumpulan atau 'flock', bagaimanapun bilangan sebenarnya tidak dapat dipastikan.

"Sejak kebelakangan ini, banyak burung Vagrant dapat dilihat di sekitar Asia Tenggara, termasuklah burung ini dan saintis masih tiada maklumat khusus mengapa mereka singgah ke sini.

"Kebiasaannya burung ini akan menghadapi masalah sekiranya kawasan tempat penghijrahan dan makanan mereka tercemar atau diubah guna tanahnya.

"Misalnya, apabila semakin kurang kawasan tanah lembab, paya dan sawah padi, burung hijrah seperti Sekendi Sudu Muka Hitam akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan dan tempat berlindung di tempat persinggahan mereka setiap tahun," katanya.

Beliau berkata, burung-burung berkenaan adalah milik bersama dan ia juga anugerah Allah kepada umat manusia di seluruh dunia.

Sehubungan itu katanya, semua negara perlu memainkan peranan untuk mengekalkan khazanah itu kerana ia bukan milik negara tertentu sahaja.

DATANG SEMULA

Abdul Hamid turut tidak menafikan kehadiran burung berkenaan di sini mungkin juga fenomena biasa yang terjadi pada satu-satu masa dalam tempoh jangka masa yang panjang.

"Burung-burung ini akan mula terbang ke lokasi asal mereka di utara bermula Mac depan dan berkemungkinan akan datang semula ke sini pada musim sejuk tahun depan.

"Kepada yang baharu berjinak-jinak untuk menyaksikan burung ini, waktu yang sesuai adalah semasa air surut di kawasan bakau, sawah padi dan pantai lumpur timbul serta di kawasan persisiran pantai dan kuala sungai," katanya.


RAKAM: Noor Hirzan (kiri) bersama rakan-rakannya semasa merakam gambar burung berkenaan di Kota Belud.

TERUJA

Sementara itu, Pemandu Pelancong Berlesen Noor Hirzan Abdillah Mohd Momin ketika dihubungi turut teruja kerana dapat menyaksikan burung berkenaan di sini.

"Saya sangat teruja memandangkan mengikut maklumat yang diperoleh, burung ini pernah direkodkan sekitar 1967 hingga 1968, selepas itu belum ada rekod sehinggalah awal tahun ini.

"Sebaik mendapat maklumat daripada rakan saya yang juga seorang pemerhati burung tegar yang memuat naik gambar burung berkenaan di laman sosialnya dan juga di aplikasi Facebook Sabah Bird Alert.

"Saya dan beberapa rakan bergegas ke Tempasuk Sangkir Kota Belud untuk menyaksikan sendiri burung berkenaan dan merakamkan gambarnya," jelasnya.

CABARAN

Noor Hirzan berkata, antara cabaran semasa menyaksikan burung berkenaan adalah perlu mendapatkan rakan yang mempunyai minat yang sama dan sefahaman.

"Sebagai pemerhati burung, kita perlu banyak bersabar kerana kadang kala, disebabkan burung ini cuma seekor serta sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain kita akan mengikut jejak burung berkenaan.

"Selain itu, antara cabaran lain adalah jarak kita dengan burung itu, sekiranya ia berada terlalu jauh, kita memerlukan lensa yang lebih panjang untuk mendapatkan hasil gambar yang baik,” katanya.

SPESIS LAIN

Beliau berkata, rakan-rakannya turut memaklumkan selain burung Sekendi Sudu Muka Hitam, peminat pemerhati dan fotografi burung juga boleh melihat spesis-spesis burung hijrah yang lain, yang jarang ditemukan di sini.

Menurutnya, antara spesis lain termasuklah Kedidi Kaki-Panjang Australasia atau Pied Stilt  (Himantopus leucocephalus), Kedidi-Kerdil Ekor Panjang atau Temminck's Stint (Calidris temminckii), Kedidi-Kerdil Leher Merah atau Red-necked Stint (Calidris ruficollis); Burung Teratai Ekor Panjang atau Pheasant-tailed Jacana (Hydrophasianus chirurgus), layang-layang Api Utara atau Red-rumped Swallow (Cecropis daurica); Bangau Cina atau Chinese Egret (Egretta eulophotes) dan Cecawi Sawah atau Black Drongo (Dicrurus macrocercus); Panglin-Hitam Biasa atau Eurasian Coot (Fulica atra) serta burung Common Coot dan Pale Martin.

Beliau turut menasihati mereka yang ingin melihat burung-burung berkenaan untuk membawa teropong (binocular) dan memakai topi, baju lengan panjang dan kasut yang bersesuaian.

Bagi yang ingin merakam gambar, dinasihatkan untuk membawa kamera DSLR atau mirrorless dengan lensa berukuran 400 mm ke atas.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 10:48 AM | Show all posts
teringat cerita filem Enthiran 2.0

disebabkan kepupusan burung2 maka saintis tu jd jahat demi membela nasib burung yg mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:28 PM | Show all posts
hari tu ada tengok 1 stand up comedy ni
dia kata pelik kenapa haiwan perosak yang asik kita bunuh tak pupus2
haiwan yang kita dok pelihara elok2 pulak dah nak hampir pupus
semua gelak je
walaupun sekadar hiburan tapi macam logik jugak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049756 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list