CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Sarawak] STU ingatkan ahli, guru tidak abaikan tanggungjawab hakiki

[Copy link]
Post time 23-1-2022 08:38 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mengingatkan semua ahli serta guru di Sarawak mengutamakan tanggungjawab utama mereka sebagai pendidik jika mahu terlibat aktif dalam politik.

Presidennya Adam Prakash Abdullah berkata keputusan Kabinet membenarkan guru sekolah berpolitik harus diterima dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa mengingati kedudukan mereka sebagai penjawat awam.

Beliau berkata sebagai penjawat awam, guru khasnya ahli STU dan guru di Sarawak amnya harus sentiasa mematuhi etika dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

"STU menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan kebenaran untuk guru terlibat dalam politik.

"Guru merupakan dalam kalangan rakyat yang mempunyai hak untuk mengundi dan sudah seharusnya diberi peluang memberi pendapat dan penerangan berkaitan politik negara dan Sarawak khususnya guru yang berkhidmat di sini.

"Dengan adanya kebenaran sebegini, kita berharap ini akan membuka ruang untuk demokrasi dipraktik sepenuhnya oleh rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini sebagai mengulas pengumuman perdana menteri pada Sabtu, Kabinet memutuskan guru sekolah di seluh negara dan petugas KEMAS dibenarkan berpolitik berkuat kuasa serta merta.

Adam berkata sebagai pendidik, guru yang terlibat dalam politik harus menjadi suri tauladan kepada masyarakat dalam berpolitik.

"Sebagai seorang penjawat awam, kita harus membantu memberi penerangan dan pandangan kepada masyarakat berkaitan polisi kerajaan khasnya di Sarawak dan sentiasa mempromosikan kesejahteraan rakyat," tambahnya.

Beliau juga mengingatkan semua ahli STU agar sentiasa mematuhi arahan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan penglibatan guru dalam politik.

Pada masa sama STU berharap JPN dan KPM memberi peluang kepada guru berpolitik kerana sejarah politik negara menunjukkan ramai dalam kalangan ahli politik merupakan bekas guru.

"STU berharap tiada lagi isu berkaitan tindakan ke atas guru berpolitik di Sarawak khasnya selagi mereka mematuhi peraturan dan arahan yang tidak menidakkan hak guru berpolitik.

"STU juga berharap perdana menteri akan mempertimbangkan semula kebenaran guru di seluruh negara dalam semua gred dan jawatan dibenarkan terlibat aktif dalam kesatuan guru.

"Semoga perdana menteri mengambil langkah sama, membenarkan semua guru dibenarkan aktif berkesatuan," katanya sambil menambah kesatuan guru merupakan platform yang baik bagi mengasah bakat pemimpin dalam kalangan guru, menjadi penghubung antara guru dan kerajaan.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.063984 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list