CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 23/01/2022

[Copy link]
Post time 23-1-2022 08:36 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 172 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 245,645 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Papar. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 134 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 237,818 orang. Manakala 642 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 363 orang di hospital, 271 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 18 orang merangkumi 17 di ICU/repurposed kritikal care serta satu (1) di open ward (HDW/kubikel akut) dan tiga (3) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 16 (21.92%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian menurun 46 kes berbanding jumlah semalam. Jumlah hari ini ialah 172 kes.

b. Jumlah kes harian di kebanyakan daerah adalah stabil dengan tujuh (7) daerah sahaja yang mencatatkan kes baharu dua (2) angka berbanding 9 daerah semalam. Kota Kinabalu mencatat jumlah tertinggi sebanyak 31 kes hari ini tetapi tiga (3) kes lebih rendah daripada bilangan semalam. Papar naik sembilan (9) kes kepada 21 dan Ranau bertambah 14 kepada 21 kes, 14 datang daripada dua (2) kluster yang aktif di daerah tersebut. Tuaran menurun kepada 11 kes sahaja hari ini berbanding 37 kes semalam. Tidak ada kes baharu di 10 daerah.

c. Terdapat 24 kes baharu daripada lima (5) kluster aktif di Sabah. Kluster penyumbang terbanyak ialah Kluster Jalan Bypass Kologon, Ranau dengan 10 kes positif yang baharu diikuti dengan lima (5) kes daripada Kluster Jalan Pertukangan Sandakan. Satu lagi kluster institusi pendidikan di Ranau, iaitu Kluster Puri merekodkan empat (4) kes positif baharu hari ini.

d. Jumlah jangkitan yang melibatkan kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin agak tinggi hari ini, iaitu 32 orang atau 18.6% daripada jumlah kes harian di Sabah. Sekali lagi semua ibu bapa dan pengurusan sekolah diseru mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertingkatkan keselamatan anak-anak kecil daripada jangkitan.

e. Sebanyak 168 daripada 172 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dan masing-masing satu (1) kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4. Terdapat dua (2) kes dalam Kategori 5.

f. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (78) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056994 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list