CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2812|Reply: 25

Radhi OAG kena langsai bil hospital arwah ibu RM18,000

  [Copy link]
Post time 23-1-2022 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Radhi OAG kena langsai bil hospital arwah ibu RM18,000


RADHI OAG> FOTO arkib NSTP

Shah Alam: Penyanyi Radhi OAG berhasrat mengadakan satu 'showcase' khas sebagai usaha mencari wang untuk pembayaran bil hospital allahyarham  ibunya, Fatimah Wee Abdullah @ Georgina Wee, 66, yang meninggal dunia pada 14 Januari lalu akibat kanser usus.

  Radhi berkata, sebagai anak yang rapat dengan ibunya, dia berasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan segala hutang piutang berkaitan Allahyarham.

   "Arwah emak saya meninggal dunia di rumah saudara di Kampung Tunku, SS1. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 10, Kota Damansara. Pemergian arwah adalah 40 hari selepas kematian abang sulung saya, Termidzi Razali akibat kanser darah dan kulit.

   "Bil hospital arwah emak dianggarkan kira-kira RM18,000 dan saya akan berusaha sehabis baik untuk  membayarnya dengan cara mengadakan 'showcase'.

   "Ia akan berlangsung di Bayang Coffee Kafe, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada Mac sebelum Ramadan nanti," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Sudut Produk Selebriti & Amirul Grocer Cawangan Shah Alam, di Seksyen 15 Shah Alam, semalam.

   Radhi bagaimanapun berkata, harga tiket dan lain-lain perkara belum ditentukan dan akan diberitahu kepada peminat-peminat selepas ini.

   Radhi mengakui amat rapat dengan ibunya, namun reda dengan pemergian Allahyarham.

   "Hari ini pun saya pakai baju emak. Masa tahu dia dapat sakit beberapa bulan lalu pun, saya dah reda dan tahu Allah akan jemput dia.

  "Alhamdulillah emak pergi dalam keadaan yang tenang. Sayalah orang terakhir yang ajar dia ucap kalimah syahadah masa arwah menutup mata.

   "Saya ajar perlahan-lahan dan ketika itu air matanya meleleh. Ia babak yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Semasa hayatnya, saya selalu urut emak dan masak untuk dia," katanya.

   Radhi mengakui, ketentuan Allah ini mempunyai hikmah terutama  mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.

   "Emak banyak menasihatkan saya dan saya berjanji nak jadi anak yang soleh. Saya jadi kurang aktif dalam muzik sebelum ini kerana tiada  'mood' nak rakam lagu.

   "Kalau tinggalkan dia sekejap, saya terbayang dia tergelincir atau berlaku perkara buruk. Ada juga adik yang jaga emak, tapi saya paling pantas sekiranya berlaku apa-apa.

   "Keluarga kami semuanya lelaki dan kini hanya tinggal berempat sahaja," katanya.

  Dalam perkembangan lain, Radhi kini dalam proses memasarkan produk madu sunnah dan 'propolis' sebagai sumber pendapatan.

   "Saya kini dalam proses reka label  lebih menarik sebelum dijual kepada orang ramai termasuk di Amirul Grocer. Buat masa ini saya bekalkan produk sejuk beku roti puri jenama Tisha's terlebih dahulu di sini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... l-arwah-ibu-rm18000

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan. Tahun depan mohon Astro masukkan dia dlm GV
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia masih mengambil lagi ke dah insof? Bagus la dia jaga mak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 08:13 PM | Show all posts
salam takziah...
semoga kuat dan tabah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
allah mak dgn abang pergi sebab kanser, moga dipermudahkan urusan untuk kutip dana tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ramai support radhi. Syok je dulu2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Oooo aku dah agak Bayang coffee tu melayu punya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
"Ada juga adik yang jaga emak, tapi saya paling pantas sekiranya berlaku apa-apa."


Wah ...anak terpaling lh ni
Menurut kamu ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau x mendadih dlu dh jadik Ariel Noah versi Malaysia dah. Pendek pun sama dah. Igt lg ct nurhaliza nk bawak dia tembus pasaran indon tp ms tu dia ada masalah disiplin ke tgah mendadih iols pn x igt
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 01:20 AM | Show all posts
Orix replied at 24-1-2022 01:09 AM
Dia ni kalau x mendadih dlu dh jadik Ariel Noah versi Malaysia dah. Pendek pun sama dah. Igt lg ct n ...

Dulu dia pun ada gaya walaupun tak berapa hensem. Memang macam Ariel

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis2 dulu yg real berbakat,  hrp msh ada rezeki utk mereka. Real talent.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 24-1-2022 01:20 AM
Dulu dia pun ada gaya walaupun tak berapa hensem. Memang macam Ariel

Creativity cipta lagu pun berbakat mcm Ariel.. smpi ct pun upah dia suruh buatkan lagu utk ct, tp nan hadoo dia buatkan walau depo duit dah amek katanya
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang selalu ingat artis ini kaya2. Itu hanya cuma yang dipaparkan tapi mostly kayap (bak kata zarina jeling). Harapla bila kerja banyak simpan duit. Sebab artis once dah tak laku or once tak ada job, duit hilang terus. Guna apa yang ada je
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jg mak hingga akhir hayat.smoga rohnya ditemptkn dlm klgn org2 beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mudah...usaha ikhlas drpd mintak2 or nipu org. Harapnya dpt sumbang yg melimpah...all the best
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:48 AM | Show all posts
salam takziah...
radhi ni dulu top gila... di gilakan remaja2 perempuan dulu2 masa zaman oag kemuncak dengan bunkface tak silap kan walaupun mata heshe persis ikan buntal...

tapi sebab kontroversi terus merundum...

semoga di permudahkan urusan... join la GV tahun depan... payment banyak jugak tu tiap2 minggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 08:15 AM | Show all posts
one of the pioneer of alternative music under positive tone yg membuka mata masyarakat that we have a lot of young talents sounds international during that time.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 09:05 AM | Show all posts
Orix replied at 24-1-2022 01:09 AM
Dia ni kalau x mendadih dlu dh jadik Ariel Noah versi Malaysia dah. Pendek pun sama dah. Igt lg ct n ...

X boleh jgk, sbb Ariel ade leak video.
Hahahaha.

On the serious side, bgs la, at least die berusaha cari duit untuk langsai hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 10:33 AM | Show all posts
Teringat tahun 2000 dedolu

dia ni ada kembar

abg nya tabligh

sebijik muka radhi

menurut abg nya after parent divorce radhi ikut

ibu nya dok kl

then abg kembar nya ikut ayah ada buka kedai jahit

on dat time kat kuching

my senior kat uitm samarahan

time nak maghrib jer slalu

dtg bilik bdk2 semenanjung ajak pi surau

hujung minggu ajak pi usrah area kuching
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:38 AM | Show all posts
tu laa dlu income punya banyak habis dengan mendadih. hrp dah insaf laa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.084250 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list