CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki Pakistan cedera kena tembak

[Copy link]
Post time 23-1-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
TASEK GELUGOR: Seorang lelaki Pakistan yang bekerja di sebuah kedai runcit di Pokok Tampang di sini, cedera pada dada dan tangan kanan akibat ditembak dengan senapang patah, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 31 tahun itu dikatakan didatangi seorang lelaki berusia 33 tahun yang kemudian terus melepaskan tembakan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad, berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang wanita pemilik kedai runcit berkenaan.

"Wanita itu memaklumkan, seorang lelaki datang ke kedainya dan melepaskan tembakan menggunakan senapang patah ke arah pekerjanya. Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, lelaki tempatan berkenaan sering ke kedai runcit terbabit dan dikatakan mempunyai masalah dengan mangsa sebelum kejadian semalam yang dipercayai disebabkan salah faham serta rasa tidak puas hati.

Mohd Radzi berkata, polis kemudian menahan suspek tidak lama selepas kejadian, selain merampas senapang patah yang digunakan dalam insiden terbabit.

"Senjata berkenaan dipercayai milik bapa suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.079199 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list