CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Sarawak] Tujuh lelaki terlibat dadah ditangkap di Bakong

[Copy link]
Post time 23-1-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode


Ketujuh-tujuh suspek warga tempatan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah ditahan polis.

MIRI: Tujuh lelaki tempatan diberkas apabila disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di Lapok, Beluru, Bakong pada Jumaat lepas.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook, kesemua suspek berjaya ditangkap oleh sepasukan polis dari IPD Marudi dalam operasi dinamakan Op Tapis Khas.

"Hasil pemeriksaan, pihak polis menemui dan merampas barang kes berupa ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu di lokasi tangkapan terbabit.

"Pemeriksaan saringan awal air kencing ke atas kesemua suspek juga didapati positif dadah," kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, kesemua suspek kini ditahan di Balai Polis Marudi untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.346667 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list