CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Sarawak] PRS pilih presiden baharu Mei ini

[Copy link]
Post time 23-1-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan memilih presiden baharunya semasa Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) di Sibu pada 7 Mei ini.

Pemangku Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum (gambar) berkata,tarikh dan tempat untuk TDC itu telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu hari ini.

Beliau berkata TDC telah ditangguhkan dua kali disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan kali terakhir ia diadakan adalah di Bintulu pada 22 hingga 23 Oktober 2016.

“Selain pemilihan presiden parti, persidangan akan menyaksikan pelantikan jawatan timbalan presiden dan naib presiden serta semua ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi PRS.  Itu kandungan atau tujuan TDC ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Ibu Pejabat PRS  di sini, hari ini.


Jawatan presiden kosong selepas Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing meninggal dunia pada 31 Oktober lalu, dan dipangku oleh Salang yang merupakan Timbalan Presiden.

Salang berkata, sebelum mengadakan TDC, parti itu telah mengarahkan kesemua 32 bahagian untuk mengadakan mesyuarat agung dan memilih pemegang jawatan masing-masing.

“Sebelum ini, kesemua bahagian terbabit telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tanpa pemilihan pemegang jawatan.

“Jadi, kali ini, kita mahu mereka memilih pemegang jawatan baharu bagi bahagian masing-masing dan siapa mereka perlu pilih untuk hantar sebagai perwakilan bagi menghadiri TDC,” katanya.

Berdasarkan perlembagaan parti katanya, setiap bahagian mesti mempunyai bilangan ahli tertentu dalam cawangan dan barulah mereka berhak menghantar perwakilan.

“Sekiranya mereka tidak dapat memenuhi bilangan tertentu, maka mereka tidak boleh menghantar perwakilan tetapi hanya boleh menghantar pemerhati,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada perwakilan TDC akan mencalonkan jawatan presiden, Salang berkata mereka dibenarkan berbuat demikian.

“Pencalonan akan datang daripada cawangan, dan mereka akan mencadangkan siapa yang akan menjadi presiden dan timbalan presiden. Jadi semuanya terpulang kepada ahli jawatankuasa," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.056764 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list