CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Sabah] Ibu Bapa, Pengurusan Sekolah Diseru Ambil Langkah Keselamatan Elak Kanak-Kanak Terjangkit COVID-19

[Copy link]
Post time 23-1-2022 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 23-1-2022 08:23 AM


KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 melibatkan kanak-kanak dibawah usia 12 tahun yang belum layak menerima vaksinasi direkodkan agak tinggi pada hari ini di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia membabitkan seramai 32 orang atau 18.6 peratus kanak-kanak bawah usia 12 tahun telah didapati positif COVID-19.

“Jumlah jangkitan yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin agak tinggi hari ini iaitu seramai 32 orang atau 18.6 peratus daripada jumlah kes harian di Sabah.

“Justeru, semua ibu bapa dan pengurusan sekolah diseru mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertingkatkan keselamatan anak-anak kecil daripada jangkitan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, kes jangkitan COVID-19 di Sabah menurun sebanyak 46 kes berbanding semala menjadikan jumlah kumulatif harian sebanyak 172 kes pada hari ini.

Katanya, jumlah kes harian di kebanyakan daerah adalah stabil dengan tujug daerah sahaja yang mencatatkan kes baharu dua angka berbanding Sembilan daerah semalam.

“Kota Kinabalu mencatat jumlah tertinggi sebanyak 31 kes hari ini tetapi tiga  kes lebih rendah daripada bilangan semalam.

“Papar naik sembilan kes kepada 21 dan Ranau bertambah 14 kepada 21 kes, 14 kes lagi datang daripada dua kluster yang aktif di daerah tersebut.

“Tuaran menurun kepada 11 kes sahaja hari ini berbanding 37 kes semalam. Tidak ada kes baharu di 10 daerah,” katanya.

Masidi berkata, terdapat 24 kes baharu daripada lima kluster aktif di Sabah dimana kluster penyumbang terbanyak ialah Kluster Jalan Bypass Kologon, Ranau dengan 10 kes positif yang baharu diikuti dengan lima kes daripada Kluster Jalan Pertukangan Sandakan.

“Satu lagi kluster ‘institusi pendidikan’ di Ranau, iaitu Kluster Puri merekodkan empat kes positif baharu hari ini,” katanya.

Katanya, sebanyak 168 daripada 172 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dan masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4. Terdapat dua kes dalam Kategori 5.


sabahmedia.com/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055849 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list