CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Sarawak] Sukar dapat pekerjaan, golongan OKU perlu berdikari jana pendapatan sendiri

[Copy link]
Post time 23-1-2022 04:20 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (duduk tengah) merakamkan gambar bersama yang lain. Turut kelihatan Shamsuri (duduk kiri), Isak, Noriah dan Nazari. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Golongan orang kelainan upaya (OKU) perlu perbaiki dan mempersiapkan diri supaya dapat berdikari dan menjana pendapatan sendiri.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan dan pihak korporat bagi golongan OKU tidak mencukupi.

“Peluang pekerjaan ada diberikan oleh jabatan kerajaan dan badan korporat kepada golongan OKU tetapi tidak cukup.

“Malah masih ada graduan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan. Adakah kerana latihan tidak cukup untuk pekerjaan yang mereka mohon.

“Apa yang penting, seperti yang sering saya katakan, kita sendiri perlu perbaiki diri, mempersiapkan diri supaya dapat berdikari dan dapat menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penutupan Bengkel Pemerkasaan OKU Penglihatan Sarawak di salah sebuah hotel di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya Fatimah berkata salah satu penekanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak tahun ini ialah pemerkasaan OKU dalam semua bidang termasuk pekerjaan.

Bagi tujuan itu katanya jabatan menyediakan dana RM20,000 kepada tujuh badan bukan kerajaan (NGO) OKU bagi mengadakan bengkel pemerkasaan masing-masing.

Daripada setiap bengkel tersebut katanya, satu resolusi akan dibentangkan untuk perhatian dan tindakan pihak yang berkenaan ke arah pemerkasaan OKU.

Bercakap mengenai Bengkel Pemerkasaan OKU Penglihatan Sarawak tersebut ia diadakan selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Januari.



utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.721318 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list