CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Sarawak] Guna kaedah 'snap check' bendung kegiatan jenayah

[Copy link]
Post time 23-1-2022 04:06 PM | Show all posts |Read mode


Anggota polis sedang melakukan pemeriksaan kenderaan yang melalui kawasan taman perumahan di Senadin, di sini pada Sabtu.

MIRI: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri akan menggunakan konsep 'snap check' bagi membendung kegiatan jenayah daripada terus berleluasa di bahagian ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Polis Daerah Miri, penugasan anggota polis menggunakan konsep ini dibuat di sekitar kawasan perumahan dan lain-lain yang merupakan kawasan panas jenayah dikenal pasti Bahagian Pendataan Analisa Jenayah, JPJKK IPD Miri.

"Semua kawasan panas di taman-taman perumahan dan kampung akan diberi keutamaan dalam meningkatkan rasa selamat masyarakat umum.

"Kaedah 'snap check' ini adalah untuk menghalang penjenayah dari terus melakukan jenayah sekaligus menghapuskan peluang dan sasaran penjenayah masa kini," kata kenyataan tersebut.

Selain itu, pada masa yang sama pihak polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya dijumpai ada barang atau peralatan yang menyalahi undang-undang dijumpai ketika pemeriksaan dijalankan.

"Manakala, semakan pendaftaran kenderaan yang mencurigakan semasa pemeriksaan dijalankan, dibuat untuk mengesan kenderaan curi," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, inisiatif JPJKK IPD Miri bersama Unit Kereta Peronda (MPV) akan dilaksanakan secara berterusan untuk membanteras jenayah pecah rumah, lain-lain kes kecurian, samun, penyalahgunaan dadah dan aktiviti lumba haram.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.469638 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list