CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Sarawak] DMPKT bantu warga emas penghidap kanser payudara

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:55 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Skuad Prihatin DMPKT turun padang melawat dan memberikan bantuan kepada Norsana.

TAWAU: Seorang warga emas penghidap kanser payudara tahap empat tetap tabah walaupun hidup serba kekurangan dan tinggal di sebuah rumah yang juga gerai jualan di Jalan Apas Parit, di sini.

Norsana Omok, 61, hanya tinggal bersama anak perempuannya yang merupakan ibu tunggal dan seorang cucu dengan mengharapkan hasil jualan.

Lebih menyedihkan, penyakit kanser payudara yang ditanggungnya selama ini sudah pecah tiga bulan lalu dan disahkan pada tahap empat.

Namun, dia tidak mendapat rawatan formal daripada hospital kerana takut menanggung kos yang mahal, selain terpaksa menjalani pembedahan di luar daerah.

Bagaimanapun, Norsana tetap tabah menjalani kehidupan seharian walaupun terpaksa menahan kesakitan kerana kakinya sudah mula membengkak.

Beliau menceritakan penyakitnya itu semasa dikunjungi Skuad Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat Pas Kawasan Tawau (DMPKT).

Pengerusi Skuad Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKT, Siti Arfah Asrisal berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai nasib warga emas berkenaan dan terus mengadakan kunjungan di sini.

Katanya, DMPKT melalui skuad prihatin mengambil berat soal masyarakat di daerah ini, lebih-lebih lagi mereka yang sangat memerlukan bantuan.

“Kami akan turun padang berkunjung untuk bertanya khabar dan memberikan sedikit bantuan terutamanya bakul makanan serta peralatan solat.

“Selain itu, program lawatan sebegini turut memberi ruang kepada muslimat merasai sendiri denyut nadi masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, melalui penyakit yang dihidapi warga emas itu, pihaknya sangat terharu dan hanya mampu mendoakan semoga kehidupan mereka dipermudahkan serta diberikan kesembuhan.

“Kami akan memberikan bantuan dari segi bakul makanan mengikut kemampuan kewangan DMPKT pada masa akan datang.

“Saya berharap semoga kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam dapat membantu nasib warga emas tersebut bersama keluarganya,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.319942 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list