CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengamuk di rumah ditangkap polis

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode


Suspek yang berjaya ditangkap MPV dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya - Gambar FB Polis Daerah Miri.

MIRI: Tindakan seorang lelaki yang mengamuk sehingga mendatangkan ketakutan pada keluarganya membawa padah apabila ditangkap polis di sebuah rumah di RPR Sungai Rait, Bakam di sini malam Sabtu.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, tangkapan itu dibuat unit kereta peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Miri.

"Semasa menjalankan penugasan rondaan cegah jenayah, telah membuat tangkapan ke atas suspek yang mengamuk di rumah setelah mendatangkan rasa ketakutan ke atas keluarga suspek itu.

"Tangkapan dibuat setelah anggota MPV cuba untuk menenangkan suspek namun tidak diendahkan dan seterusnya bertindak agresif dan tidak memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Polis Daerah Miri pada Ahad.

Sehubungan itu, suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.074869 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list