CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Sabah] Dua Maut Selepas Motosikal Diseret 200 Meter Di Jalan Tawau-Kunak

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan motosikal mangsa yang terseret sejauh 50 meter dari tempat kemalangan di Kilometer 60 Jalan Tawau-Kunak, semalam. – Foto Polis

TAWAU: Penunggang dan pembonceng maut apabila motosikal dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh trak pikap dan diseret lebih 200 meter di Kilometer 60 Jalan Tawau-Kunak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.25 malam itu, Usman Jamal, 30, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Aziz Samsudin, 16, yang cedera parah meninggal dunia di Hospital Tawau 4.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang selepas membeli barang di kawasan berhampiran.

Katanya, Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 44 tahun itu dari arah Sapang Kunak menuju ke Tawau dan mendakwa tidak dapat melihat dengan jelas akibat hujan sebelum melanggar belakang motosikal ditunggang mangsa.

“Akibat rempuhan itu motosikal Yamaha LC ditunggang mangsa terseret sejauh 50 meter manakala kedua-dua mangsa dijumpai berada 215 meter dari kedudukan motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Peter berkata, pemandu yang juga seorang pengurus syarikat swasta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan tampil menyerah diri di pejabat Bahagian Siasatan Polis Trafik Tawau, jam 1.30 pagi bagi memberi keterangan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kerana memandu dengan cuai,” katanya. – HMetro


sabahpost.net/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.066981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list