CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Sarawak] Syaki dicurangi, lelaki pukul isteri ditahan polis

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:30 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Seorang lelaki ditahan polis semalam kerana memukul isterinya selepas mengesyaki wanita tersebut mempunyai hubungan sulit.

Suspek, 56, dikatakan melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Millenium Garden, Piasau kira-kira jam 2 petang, hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari, suspek memukul muka mangsa ketika berlaku pertengkaran pada hari itu sebelum memukul mangsa dengan sebuah kerusi.

Katanya, berikutan kejadian itu, mangsa, 45, tampil membuat laporan polis.

“Bertindak atas laporan, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri telah pergi ke rumah berkenaan kira-kira jam 7.50 petang untuk menahannya.

“Polis turut merampas sebuah kerusi dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.


TAHAN… Suspek (dua kanan) ditahan polis, turut dirampas kerusi yang dipercayai digunakan dalam kejadian.


by suaraswk
January 23, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.050500 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list