CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Sabah] 143 pelajar, warden Maahad Tahfiz selamat dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba mengalami kesukaran dalam operasi tersebut disebabkan ketiadaan pili bomba berdekatan lokasi kejadian.

TAWAU: Seramai 143 pelajar dan warden sempat keluar menyelamatkan diri selepas tiga buah bilik asrama Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Rayyaj, Jalan Pitas, Kampung Bombalai, di sini terbakar kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.22 petang.

Katanya, susulan itu, seramai 16 anggota dan pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi memadam.

“Sebaik tiba, dua bilik asrama berkenaan sudah musnah terbakar dan api mula merebak ke bilik ketiga, manakala semua 131 pelajar serta 12 warden berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Pasukan bomba segera melakukan operasi memadam dengan menggunakan satu pancutan air daripada jentera bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, pasukan bomba mengalami kesukaran melakukan operasi pemadaman disebabkan tiada sumber air terbuka dan pili bomba berhampiran.

“Pasukan kita terpaksa mendapatkan sumber air pili bomba di kawasan Sekolah Kebangsaan Bombalai dengan jarak 2 kilometer dari lokasi kebakaran.
“Kepantasan anggota bomba melakukan operasi berjaya menyelamatkan bilik ketiga daripada musnah keseluruhannya,” katanya.

Julius berkata, kebakaran melibatkan kemusnahan keseluruhan dua bilik asrama, manakala sebuah lagi hanya terbakar 50 peratus sahaja.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kebakaran selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.41 petang.

“Setakat ini, kebakaran hanya melibatkan kemusnahan harta benda, manakala tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.218299 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list