CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 266|Reply: 0

[Sabah] Majlis Guru Kaunseling Keningau terima sumbangan ADUN Bingkor

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:14 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Robert (dua kiri) menyerahkan sumbangan Fredolin sambil disaksikan oleh Penyelia Masyarkat, Zaki Zakaria (kiri) dan Pembantu Tadbir UPPM Bingkor.

KENINGAU: Majlis Guru Kaunseling Daerah Keningau telah menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik yang diadakan di pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut adalah bagi membiayai program Majlis Pengiktirafan Guru Bimbingan Dan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) daerah Keningau yang dijadualkan diadakan pada Febuari depan.

Sumbangan disampaikan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya kepada Naib Yang Di Pertua Majlis Guru Kaunseling Daerah Keningau, Fredolin Majib.

Fredolin yang mewakili Yang DiPertuanya, Salmiah Dawang serta ahli-ahli lain, merakamkan penghargaan kepada Robert atas sumbangan tersebut yang diyakini akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam melaksanakan program-program yang sesuai.

"Dengan adanya sumbangan tersebut ia sudah tentu dapat meringankan beban Majlis Guru Kaunseling daerah Keningau dalam melaksanakan apa jua program yang telah dirancang di daerah itu dengan jayanya," katanya.



utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.533051 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list