CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur, pengawal keselamatan ditahan terlibat dadah

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:11 PM | Show all posts |Read mode


Suspek (tengah) ketika ditahan polis di hadapan pondok pengawal.

MUKAH: Polis Mukah menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dadah dalam dua serbuan berasingan di Jalan Selangau-Mukah pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, tangkapan pertama melibatkan seorang penganggur berusia 32 tahun yang ditahan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Selangau-Mukah sekitar 11 pagi.

"Pemeriksaan pada badan suspek mendapati ada satu paket kecil lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methampethamine seberat 0.43 gram (G) di poket kanan hadapan seluar pendek dipakai suspek," katanya kepada Utusan Borneo.

Serbuan kedua pula melibatkan seorang petugas pengawal keselamatan berumur 36 tahun di hadapan sebuah pondok keselamatan sebuah syarikat ladang di kawasan Jalan Selangau-Mukah sekitar 12.30 tengah hari pada hari sama.

Hasil pemeriksaan, polis turut menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methampethamine seberat 0.85 G di dalam genggaman tangan kanan suspek.

Setelah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Ampethamine ketika menjalani ujian saringan air kencing.

Kedua-dua suspek masing-masing disiasat di bawah dua kesalahan sama iaitu Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sekayen 15 (1)(a) ADB 1952.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.398568 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list