CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 206|Reply: 0

[Sarawak] Padah menunggang secara berbahaya, empat remaja dicekup

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Tindakan empat remaja melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila dicekup polis di Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, remaja berumur antara 15 hingga 21 tahun itu ditahan menerusi Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bermula jam 4 petang.

"Kesemua suspek menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya sekali gus boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

"Tiga daripada suspek tersebut menunggang motosikal ala-ala 'Superman' manakala seorang lagi menunjukkan aksi 'wheelie," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Alexson, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, dalam operasi sama, polis turut mengeluarkan 84 keping saman selain membuat pemeriksaan ke atas 42 kenderaan dan 45 orang awam.

Selain itu, sebanyak dua motosikal turut disita dan disiasat di bawah Seksyen 60 APJ 1987.

Berhubung operasi berkenaan, ia diketuai oleh Timbalan Ketua JSPT Sarawak, DSP Mathew Manggie bersama-sama sembilan anggota yang terdiri daripada tiga pegawai dan enam anggota.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.071083 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list