CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Sarawak] Tiong ajak anak muda bersama-sama majukan Sibu

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode


Tiong (lima dari kiri) bersama tetamu kenamaan yang lain memukul gendang sebagai simbolik perasmian CNY Bazaar di Pintu Gerbang Sibu, malam tadi

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Dato Seri Tiong King Sing mengajak anak muda supaya kekal berada di Sibu untuk bersama-sama memajukan Sibu dan membina empayar perniagaan di Sibu.

Beliau berkata, Sibu memerlukan sokongan dan tenaga dari anak muda untuk merangsang ekonomi tempatan dan menghidupkan semula masyarakat demi kebaikan Sibu, khususnya di kawasan Dudong.

"Ini sama seperti konsep yang sering saya tekankan iaitu 'restructure, rebuild, and thrive' (penstrukturan semula, bina semula, dan maju ke hadapan).

"Lagipun, Sibu adalah tempat di mana anda dibesarkan, bersama ibu bapa dan keluarga anda di sini. Selepas anda mempelajari beberapa kemahiran dan pengetahuan di tempat lain dan mengumpul beberapa pengalaman yang diperlukan, sila pertimbangkan untuk kembali untuk mencurah pengetahuan dan kemahiran tersebut di Sibu menerusi bakat serta pengalaman yang telah anda perolehi.

"Dengan ini, kamu dapat membawa lebih banyak pelaburan dan sumber untuk mencipta masa depan dengan lebih banyak potensi pembangunan dan peluang untuk generasi akan datang selepas anda dan saya," katanya semasa berucap merasmikan Bazar Tahun Baharu Cina (CNY Bazaar) 2022 di Pintu Gerbang Sibu, malam tadi.

Sehubungan itu, Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berasa gembira penganjuran CNY Bazaar berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga di sini khususnya anak muda di Sibu.

Katanya, struktur CNY Bazaar membolehkan sehingga 70 gerai untuk peserta mengembangkan rangkaian mereka semasa Festival Musim Bunga ini dan membuat kenalan baharu dan mungkin juga mencari rakan kongsi baharu yang sesuai untuk bekerjasama membawa produk dan idea ke pasaran lebih luas.

"CNY Bazaar malam ini benar-benar menghimpunkan ramai anak muda yang bercita-cita tinggi dari seluruh Sibu untuk mempamerkan jenama dan produk mereka.

"Saya berharap acara hari ini bukan sahaja akan mencetuskan keseronokan suasana CNY tetapi juga menjadi tradisi yang sihat. Sektor perniagaan semakin kukuh, seterusnya menggalakkan kerancakan ekonomi tempatan," ujarnya.

Beliau juga berkata, anak muda kini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memajukan diri mereka dengan jurang perbezaan yang semakin meluas antara golongan kaya dan miskin serta kesan bencana ekonomi global.

Beliau turut mengingatkan anak muda untuk mencuba membina perniagaan dari awal dengan kekuatan sendiri dengan memanfaatkan teknologi terkini dan media sosial untuk mencipta jenama mereka sendiri dan kemudian menyepadukan ke pasaran antarabangsa untuk lebih banyak peluang perniagaan.Bermula dari awal tidak pernah mudah.

"Dalam proses membina kerjaya atas kekuatan sendiri, apa yang mereka alami dalam perjalanan mereka, akan memberi mereka kebijaksanaan untuk bertapak kukuh dalam masyarakat dan perniagaan," katanya.

Hadir sama Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II (Kerajaan Tempatan) Michael Tiang, pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Clarence Ting, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ketua Pegawai Eksekutif Plux Entrepreneurs Incubation Hub Dr Renco Yong, Pengerusi Persatuan Usahawan Permulaan Sarawak Sean Hii, Presiden Persatuan Cina Bersatu (UCA) Bahagian Sibu Ngieng Ping Sing dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) Datuk Lau Cheng Kiong.


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087764 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list