CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 0

[Sarawak] PRU15: Parti komponen GPS diharap tampil lebih ramai calon wanita

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Fatimah bercakap kepada pemberita di Kuching. - Gambar oleh Roystein Emmor

KUCHING: Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Fatimah Abdullah menyokong langkah Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk menampilkan lebih ramai calon wanita dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Fatimah berharap parti komponen GPS yang lain turut mengambil langkah yang sama bagi kesaksamaan gender dalam politik.

“Saya menyambut baik apa yang diumumkan Pemangku Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum yang mahu bersikap kesaksamaan gender dengan mengisi lebih ramai calon wanita dalam PRU15.

“Kita berharap parti komponen GPS yang lain, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mengambil langkah sama supaya lebih ramai wanita dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat menerusi politik,” katanya.

Terdahulu Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti merasmikan penutupan Bengkel Pemerkasaan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan Sarawak di sebuah hotel di sini.   

Tambah Fatimah salah satu perkara dalam manifesto GPS ialah kebersamaan daripada semua aspek tidak kira agama, bangsa mahpun gender untuk diberi peluang sama ada dalam bidang pekerjaan, ekonomi dan politik.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam pada itu diwakili empat ahli parlimen wanita iaitu Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Datuk Hanifah Hajar Taib dan Rubiah Wang.

Sebab itu menurut Fatimah beliau berharap selepas PRS, dua lagi parti komponen GPS iaitu SUPP dan PDP akan mengambil langkah sama, memberi peluang penglibatan wanita dalam politik.

Dalam pada itu Salang berkata PRS tidak mahu mengecualikan sesiapa terutama kaum wanita untuk bertanding dalam PRU15 kelak.

Perkara ini katanya merupakan antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PRS yang dipengerusikan Salang semalam.

PRS menurut Salang juga telah memilih jawatankuasa diketuai Datuk John Sikie Tayai untuk pemilihan calon bagi enam kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada PRS.  


utusanborneo.com.my/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057440 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list