CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Sarawak] Pejabat Perdagangan, Pelancongan Sarawak buka lepas Covid-19 reda

[Copy link]
Post time 22-1-2022 11:01 PM | Show all posts |Read mode


Kuching: Kerajaan Sarawak akan meneruskan rancangan membuka Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei dan Kalimantan, Indonesia setelah redanya pandemik Covid-19.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pejabat seumpama itu sudah beroperasi di Singapura yang dikenali sebagai Sarawak Trade and Tourism Office Singapore (Statos).

"(Rancangan pembukaan pejabat sama di Bandar Sri Begawan dan Pontianak di Kalimantan) ...sedikit tergendala ekoran masalah Covid-19 yang melanda kita dua tahun ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Lukisan Mural Bertema Sarawak Terbesar di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Beliau berkata rancangan pembukaan pejabat itu di Kalimantan dibuat memandangkan kerajaan Indonesia bercadang untuk memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke wilayah itu dan ini seterusnya meningkatkan pertumbuhan kepulauan Borneo termasuk Sarawak dan Sabah yang berhampiran.

"Prasarana jalan raya yang diadakan dan penerbangan akan lebih mudah dan akan dekat lagi dengan ibu negara baru itu yang mereka panggil Nusantara," katanya.

Abdul Karim berkata, syarikat-syarikat besar di Sarawak berkemungkinan besar juga berminat untuk melabur dalam pembangunan di seberang sempadan itu.

Beliau juga percaya industri minyak dan gas, pembinaan serta industri makanan di Sarawak akan mendapat manfaat dengan menyertai pembangunan negara jiran terbabit.

Mengenai majlis pelancaran itu, Abdul Karim berkata, struktur bersaiz 181 meter akan dilukiskan artis pelajar berbakat dan akan dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai Lukisan Mural Bertema Sarawak Terbesar.

Lukisan terbabit akan disiapkan pada Mei 2022 dan akan ditayangkan di BCCK pada 21 Mei hingga 4 Jun tahun ini.


hmetro.com.my
Januari 21, 2022 @ 5:51pm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.257619 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list