CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 71|Reply: 0

[Sabah] Dakwa Imam Mahdi Ada Di Sabah, Polis Siasat Pemilik Akaun Facebook

[Copy link]
Post time 22-1-2022 10:53 PM | Show all posts |Read mode


Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya Imam Mahdi berada di Sabah melalui penstriman langsung, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak serta Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar menjalankan siasatan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Ketika merakam video siaran terbabit, pelakunya berada di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Jadi saya sudah arahkan Ketua JSJ Perak dan KPD Kuala Kangsar menjalankan siasatan biarpun setakat sekarang belum dimuktamadkan lagi bentuk siasatan yang dijalankan.

“Ketika ini saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana ia masih dalam siasatan. Dapat saja maklumat lanjut, saya akan kongsikan dengan media,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau sebelum itu hadir di program High Profile Policing (HPP) Polis Perak serta Solat Jumaat PDRM Perak bersama masyarakat di Masjid Jamek Al-Marbawi, Lubuk Merbau, hari ini.

Ditanya kemungkinan perkongsian video itu ada kaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, Farid berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Video berdurasi lapan minit 56 saat memperlihatkan seorang lelaki menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Sayong Lembah, tersebar sejak semalam.

Menerusi rakaman itu, lelaki itu mendakwa kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi yang difahamkan berada di Sabah.
Hasil semakan setakat jam 8 malam ini mendapati video terbabit sudah dipadam.


sabahpost.net/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.076150 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list