CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari berazam selesaikan isu kemudahan asas di Gedong

[Copy link]
Post time 22-1-2022 10:45 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Gedong bakal menjadi  kawasan hab pembangunan strategik yang berteraskan konsep bandar satelit untuk melonjakkan pembangunan sosioekonominya.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara fokus ketika ini ialah menambah baik jaringan jalan raya bagi memudahkan lebih banyak kawasan di sekitar  dimajukan sebagai hab ekonomi dan perumahan.

“Saya percaya ini akan dapat dicapai melalui matlamat atau objektifnya dengan kita merangka pelan pembangunan bagi menjadikan Gedong dan Simunjan seperti sasaran yang ditetapkan,” kata beliau yang juga ADUN Gedong ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pengenalan Lab Pembangunan Gedong – Simunjan 2022 di sini malam tadi seperti dipetik TVS.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan bekas ADUN Gedong, Datuk Mohd. Naroden Majais.

Abang Johari berkata, menerusi jaringan jalan yang menghubung dua kawasan itu dengan kawasan berhampiran termasuk Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Lingga serta kawasan sekitar, ia seterusnya diyakini akan membuka lebih banyak kawasan ekonomi baharu.

Jelas Abang Johari, kerajaan negeri juga mahu isu kemudahan asas membabitkan bekalan elektrik, sistem saliran, bekalan air dan telekomunikasi juga diselesaikan segera.

“Ini bagi membolehkan tumpuan penuh dapat diberikan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048614 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list