CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Sarawak] Polis berkas tiga lelaki kaki pecah rumah di Miri

[Copy link]
Post time 22-1-2022 10:31 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Polis memberkas tiga orang lelaki di sini, selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pecah rumah, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, salah seorang suspek telah ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) di Taman Tunku, di sini kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, suspek berusia 27 itu didapati memandu kereta dalam keadaan mencurigakan menyebabkan anggota MPV bertindak untuk menyiasat suspek.

“Siasatan dan pemeriksaan terhadap kereta terbabit telah menjumpai sebilah pisau dan dua kunci kereta.

“Suspek kemudian berasa gelisah dan bertindak agresif terhadap dua anggota polis. Dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, penahanan suspek membawa kepada dua lagi suspek lelaki yang merupakan rakan sejenayah dalam aktiviti pecah rumah.

“Salah seorang daripada mereka ditahan di tepi jalan Jalan Meranti sementara seorang lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Sungai Dalam, Lambir,” katanya.

Tambahnya, turut ditemui beberapa barangan yang dipercayai di curi dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

SUSPEK…Ketiga suspek (dari empat kiri) ditahan polis


by suaraswk
January 22, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.380723 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list