CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12584|Reply: 283

[Tempatan] 984 laporan AEFI lepas cucuk booster

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:53 PM | Show all posts |Read mode
51 kes daripada 984 laporan AEFI dos penggalak diklasifikasi serius
sinarharian
2-3 minutes

KUALA LUMPUR - Sebanyak 51 kes (5.2 peratus) daripada 984 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) bagi dos penggalak vaksin Covid-19, bersamaan kadar 0.005 laporan bagi setiap 1,000 dos, diklasifikasikan sebagai serius setakat 20 Januari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhannya, sistem pelaporan AEFI Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima sejumlah 24,411 laporan AEFI melibatkan dos penggalak.

"Pemantauan laporan AEFI yang diterima oleh NPRA setakat ini menyimpulkan bahawa trend dan kadar pelaporan AEFI yang melibatkan dos penggalak tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada apa yang dilihat semasa pemberian dos primer.

“Trend pelaporan yang sama juga turut dilaporkan oleh negara lain yang telah menjalankan program imunisasi bagi dos penggalak vaksin Covid-19,” menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan merupakan antara kesan advers yang kerap dilaporkan oleh penerima vaksin.

Penerima vaksin yang mengalami kesan advers boleh membuat laporan AEFI menerusi notifikasi di aplikasi MySejahtera bagi kesan tersenarai di dalam aplikasi itu selain laporan secara dalam talian dengan mengisi Borang Pelaporan Kesan Sampingan Ubat Untuk Pengguna (ConSERF) di laman sesawang NPRA (www.npra.gov.my).

Dr Noor Hisham juga berkata, kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Sabtu meningkat kepada 4,116 berbanding 4,046 semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu ialah 2,829,089 setakat 12 tengah hari.

Sebanyak 39 (0.9 peratus) daripada jumlah kes baharu itu adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,077 kes (99.1 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Daripada 4,116 kes itu, sebanyak 498 adalah kes import dan 3,618 pula adalah kes tempatan manakala yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 141 kes dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 2,858 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 2,753,119 orang.

Katanya, sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan dengan 225 kluster masih aktif. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kt ofis sinovac campur az..mcm nk mati dia ckp..yg sinovac campur pfizer ok..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 01:04 AM | Show all posts
Penangan Astra Zeneca!










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
snazzydaisy replied at 23-1-2022 01:04 AM
Penangan Astra Zeneca!

Ouch.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-1-2022 01:13 AM

AEFI vaksin ni sama la dengan Covid yang kamu orang takuti itu - the lucky ones got it but ok2 je/survived. The unlucky ones macam berita dalam thread ni la. Sebab tu akak rengsa bila provax kemain mengejek antivax yang takut divaksin or downplay AEFI vaksin seperti ianya bukan sesuatu yang signifikan. Cilanat ke atas kamu. Selagi tak kena diri sendiri atau orang tersayang boleh la temberang. Dah kena baru nak bising macam Maza.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-1-2022 01:11 AM
AEFI vaksin ni sama la dengan Covid yang kamu orang takuti itu - the lucky ones got it but ok2 je/su ...

The idea is mereka taknak acknowledge AEFi lansung, seperti mereka menolak Science juga yang disanjung tu.

They categorized Aefi sebagai : Conspiracy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2022 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 23-1-2022 01:09 AM
Ouch.

Move on… there’s nothing to see here!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
snazzydaisy replied at 23-1-2022 01:31 AM
Move on… there’s nothing to see here!

If you trust the Science Snazzy....you got to admit and acknowledge Aefi too. Aefi pun Science juga.
Kann kann.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 23-1-2022 01:16 AM
The idea is mereka taknak acknowledge AEFi lansung, seperti mereka menolak Science juga yang disan ...


Baca kat thread mana ntah tadi, forumner @ mod PristineOne dah meninggal kerana sakit jantung. Aruah ni frontliner. Iya memang cepat ja ai fikir cecair ajaib punya kerja. Selama bertahun2 berforum takda pula baca aruah tu bagitau ada penyakit. Yang ai ingat dari post2 aruah, macam aruah fit n healthy orangnya. Tapi supaya tak dikecam antubeks, kita kata je la dah  ajal.

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-1-2022 01:45 AM
Baca kat thread mana ntah tadi, forumner @ mod PristineOne dah meninggal kerana sakit jantung. Aru ...

Innalillahh.....even i tak pernah borak dengan dia terasa juga la bila dengar berita kematian macam ni baik forumer ker orang lain ker.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 23-1-2022 01:39 AM
If you trust the Science Snazzy....you got to admit and acknowledge Aefi too. Aefi pun Science jug ...

They won’t sbb itu dah against the approved narrative. The jab perlu kekal as holy & sacred, the best “solution” to COVID-19…
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by meow_tompok at 23-1-2022 03:48 AM

-edited, end sharing-

ayat popular lepas ni "saya bukan anti beksin, tapiiii...."
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
meow_tompok replied at 23-1-2022 03:17 AM
ayat popular lepas ni "saya bukan anti beksin, tapiiii...."

Woww.. Mcm tak percaya je Dr malar yg ckp ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 23-1-2022 03:21 AM
Woww.. Mcm tak percaya je Dr malar yg ckp ni

ai ss kat ig story master.zull
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-1-2022 01:45 AM
Baca kat thread mana ntah tadi, forumner @ mod PristineOne dah meninggal kerana sakit jantung. Aru ...

Ya ka....innalillah...selalu juga baca komen2nya di forum...semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yang beriman. Alfatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
snazzydaisy replied at 23-1-2022 01:04 AM
Penangan Astra Zeneca!

Hebat jugak sakit2 pon mampu taip panjang2. Kalau i guling2 menangis or caption pendek jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-1-2022 01:45 AM
Baca kat thread mana ntah tadi, forumner @ mod PristineOne dah meninggal kerana sakit jantung. Aru ...

Adakah lepas dpt booster? X boleh ke ramai2 boikot booster ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 23-1-2022 06:03 AM
dua_chzy replied at 23-1-2022 01:45 AM
Baca kat thread mana ntah tadi, forumner @ mod PristineOne dah meninggal kerana sakit jantung. Aru ...


Kaka pernah tengok gambar pristineOne...arwah agak / mmg obese...bukan jenis jaga badan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 23-1-2022 03:53 AM
Adakah lepas dpt booster? X boleh ke ramai2 boikot booster ni?

Booster tak wajib pun amik sis, doc yg provaxx pun ada komen minta booster ni tak wajib biar sukarela je kalau nak amik.
Pastu suh kekalkan status yg dh amik 2 dos tu.Kalau ikutkan selepas 28/2 ni status penerima vaksin sinovac dan warga emas yg tak booster akan bertukar jd tidak divaksin.

Manakala penerima pfizer/AZ tidak bertukar status jika tak amik booster.
So yg mana dapat dua vaksin boleh je abaikan temujanji tu.
Penerima sinovac pun ramai je abaikan/batal sbb tanak campur.
Yg mana g ambil pun dorang sanggup je bayar utk dapatkan booster sinovac juga.
Sebenarnya ada je PPV yg ada stock semua vaksin pastu korang leh je minta nak yg mana. Sinovac pun ada, kena call dan tanya dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-1-2022 09:57 PM
kt ofis sinovac campur az..mcm nk mati dia ckp..yg sinovac campur pfizer ok..huhu

Suami iols amik sinovac+sinovac+sinovac tak campur, ppv yg dia gi ada semua vaksin so dorang akan tanya nak yg mana.
Iols ckp pasnih takyah la cucuk dah kalau disuruh lagi, dia kata kalau camtu dia kena benti keje la.
Keje dia kena masuk site dan outstation sana sini, rata2 hanya benarkan pekerja yg dh lengkap vaksin bagai.
Bagi mereka yg keje sendiri, jual jamu timbang kilo ke, influencer kat socmed takde masalah sgt tp yg keje makan gaji ni takde pilihan terutama mcm pekerja kilang tu hah sampai arini kena swab je manjang tiap 2 minggu apatah lg vaksin semua kena amik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.145870 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list