CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 64|Reply: 0

[Sabah] Pembangunan sosial, kesejahteraan rakyat jadi keutamaan

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:49 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memberikan keutamaan dalam pembangunan aspek sosial dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata, menerusi kementeriannya, keutamaan berkenaan termasuklah agenda-agenda yang menyokong kepada pemulihan ekonomi jangka masa panjang seperti pembangunan hartanah, perumahan dan pembangunan prasarana.

"Selain itu kita juga akan utamakan pembangunan infrastuktur asas seperti penyelenggaraan parit dan longkang, pembinaan pasar baharu, gerai serta tapak tamu untuk memberi keselesaan kepada para peniaga termasuk peniaga-peniaga kecil di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

"Selain itu, tumpuan juga harus diberikan terhadap usaha-usaha untuk menambaik dasar dan perundangan sedia ada, mempergiatkan pemantauan projek-projek PBT di lapangan, melaksanakan kajian-kajian penilaian bagi tujuan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian Kementerian," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 di sini, semalam.

Beliau berkata, perhatian khusus juga harus diberikan terhadap usaha meningkatkan kecekapan dan kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan mekanisma pelaksanaan, pemantauan, penyelarasan, penilaian agar perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat adalah  lebih cepat, cekap serta berkesan.

Selain itu katanya, semua pegawai-pegawai kementerian, agensi dan PBT perlu berusaha menambahkan lagi kemahiran serta kompetensi diperlukan mengikut peredaran masa, kemajuan teknologi dan keperluan semasa.

"Kemahiran mempengaruhi bukan sahaja penting untuk digunakan secara dalaman, malahan ia adalah untuk diaplikasikan kepada Masyarakat umum.

"Dalam melaksanakan konsep 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' kemahiran mempengaruhi amat berguna kepada anggota PBT, terutamanya semasa turun padang untuk memperkenal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.095074 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list