CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 67|Reply: 0

[Sabah] Penduduk tinggal dalam kawasan bencana wajar dapatkan nasihat insuran

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-1-2022 01:48 PM

KOTA KINABALU: Penduduk negara ini khususnya mereka yang tinggal di kawasan risiko bencana alam seperti banjir wajar mendapatkan perlindungan insuran.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, perlindungan insuran yang bersesuaian dapat mengurangkan impak kewangan apabila dilanda musibah banjir.

"Namun apa yang mengejutkan, kira-kira 74 peratus pemilik rumah tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir.

"Ini ialah hasil kaji selidik Impak Pandemik Terhadap Perlindungan oleh salah satu pengendali insurans utama di Malaysia yang dibuat pada bulan September 2021 yang lalu," katanya.

Selain itu, kajian yang sama juga mendapati, 59 peratus pemilik rumah tidak dilindungi untuk kerosakan akibat kebakaran.

Manakala, 43 peratus pemilik rumah tidak menyedari bahawa kandungan rumah seperti perabot, peralatan elektrik, peranti mudah alih dan sebagainya tidak semestinya dilindungi di bawah insurans atau takaful rumah.

Seterusnya kaji selidik ini juga menunjukkan satu daripada tiga pemilik rumah (33 peratus) yang diinsuranskan tidak mempunyai perlindungan kandungan rumah.

Tidak ramai pemilik insurans kediaman yang benar-benar memahami perlindungan yang diliputi oleh polisi mereka.

Dalam erti kata lain, mereka tidak memahami risiko yang dilindungi polisi kediaman mereka. Selain tidak memahami risiko, isu lain yang pemilik kediaman terlepas pandang ialah hartanah tidak dilindungi dengan nilai semasa hartanah tersebut.

Apabila pemilik melanggan insurans pada kadar yang lebih rendah daripada nilai rumah, ia turut menjejaskan jumlah pampasan yang bakal dituntut.  Pendapat ini disuarakan oleh Profesor Madya Dr Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Ketua Jabatan Kewangan dan Perbankan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya dalam temu ramah yang disiarkan dalam media tempatan bertarikh 29 Januari 2021 yang lalu.

Sudah sampai masanya program literasi kewangan memberi penekanan kepada kepentingan perlindungan insurans dan takaful.

Agensi-agensi di bawah Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) boleh bekerjasama dengan pengendali-pengendali insurans dan takaful untuk meningkatkan kefahaman orang ramai tentang kepentingan perlindungan insurans untuk rumah kediaman dan harta benda termasuk kenderaan.

Perlindungan asas insurans kenderaan hanya melindungi kenderaan apabila terlibat dengan kemalangan dan kebakaran tetapi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang tidak dilindungi.

Atas keprihatinan yang sama juga, para pelanggan Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK yang terjejas akibat banjir boleh memohon penangguhan sementara bayaran bulanan mereka melalui portal pelanggan dengan memuat naik surat akuan kendiri yang menyatakan bahawa mereka terkesan akibat banjir tersebut.

"Semoga 2022 membawa sinar baru kepada kita semua. Kami di AKPK sentiasa bersedia membantu individu dan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menghadapi masalah berkaitan kewangan dan hutang.

"Dapatkan pelan penyelesaian pengurusan kewangan yang holistik terus daripada AKPK secara percuma, tanpa ejen. Layari services.akpk.org.my untuk perkhidmatan AKPK," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.081383 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list