CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Sabah] 32 individu termasuk bayi tujuh bulan ditahan dalam SAPU

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:37 PM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Sebahagian PTI yang ditahan dalam SAPU selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen sah.



PERIKSA: Pasukan serbuan turut memeriksa individu yang melakukan pergerakan di laut berhampiran lokasi serbuan.

KOTA KINABALU: Seramai 32 individu termasuk bayi tujuh bulan ditahan dalam Operasi Patuh Bersepadu (SAPU) yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM).

Pengarah JIM Sabah SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata kesemua suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Putatan bermula jam 10.55 malam 19 Januari hingga jam 02.55 pagi 20 Januari lalu.

“Bertindak dengan aduan awam yang diterima oleh Bahagian Penguatkuasa Pejabat Imigresen Kota Kinabalu, kita menjalankan serbuan di dua kawasan rumah setinggan iaitu setinggan atas air Tanjung Dumpil, Jalan Putatan dan setinggan Pulau Meruntum.

“Pasukan serbuan pada mulanya menjalankan pemeriksaan terhadap 124 individu dan 32 daripada jumlah terbabit iaitu 25 dewasa dan tujuh kanak-kanak termasuk bayi tujuh bulan ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya kesemua tahanan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pasport atau pas yang sah.

Katanya operasi yang diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK) Hasanal Ag.Hashim daripada Bahagian Penguatkuasa, JIM Kota Kinabalu dan Asisten Superintendan Roslan Awang daripada PPM Kota Kinabalu disertai 54 Pegawai Imigresen serta 19 Pegawai PPM.

“Operasi yang dilaksanakan di seluruh Sabah adalah bagi membanteras kehadiran dan penempatan haram Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 [pindaan 2002] (Akta 155), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 [pindaan 2011], Akta Pasport 1966 (Akta 150) serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 [pindaan 2015] (Akta 670).

“Proses tapisan kesihatan yang ketat akan dilaksanakan terhadap tahanan termasuk ujian saringan COVID-19 bagi suatu tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 sebelum dihantar ke Depot Imigresen selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata JIM Sabah ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat kepada JIM Sabah sehingga tertangkapnya sejumlah PTI yang tidak mematuhi undang-undang untuk berada di dalam negara.

“Saya menyeru supaya tidak ada mana-mana pihak yang cuba melindungi PTI di Sabah dan sesiapa yang mengesan aktiviti PTI di kawasan masing-masing agar melaporkan segera kepada JIM.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.387002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list