CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Sabah] Syarikat kontraktor curi air, dikompaun RM2,000

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:34 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Penguatkuasa JAT memotong bekalan air yang disambung secara haram.

TAWAU: Jabatan Air Tawau (JAT) mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 terhadap sebuah syarikat kontraktor selepas didapati membuat penyambungan air secara haram di Jalan Kuhara, di sini kelmarin.

Jurutera Air Bahagian Tawau, Abd Halim Ag Marali berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan berlakunya kegiatan mencuri air di sebuah premis yang sedang dalam pembinaan di kawasan tersebut.

Katanya, susulan itu, penguatkuasa JAT bertindak menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan terhadap laporan yang diterima kira-kira jam 11.07 pagi.

“Semasa siasatan dilakukan mendapati terdapat satu penyambungan haram menggunakan Poly Paip dari ‘Stand Paip’ dan disambungkan terus ke premis tersebut.

“Pasukan penguatkuasa JAT bertindak melakukan pemotongan ke atas sambungan haram tersebut dan memulakan kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, syarikat tersebut disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003 kerana kesalahan melakukan penyambungan haram.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna di daerah ini supaya dapat mematuhi undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003.

“Sekiranya didapati melakukan kesalahan dibawah Enakmen itu, JAT tidak teragak-agak untuk mendakwa dan mengenakan tindakan undang-undang.

“Selain itu, mana-mana individu yang telah dikenakan pemotongan ke atas meter air mereka, dikehendaki untuk menjelaskan bayaran bil yang tertunggak dengan segera,” katanya.

Abd Halim berkata JAT memohon kerjasama dari orang ramai supaya memaklumkan sekiranya mendapati terdapat berlakunya sebarang kecurian atau kebocoran paip air di kawasan mereka.

“Sebarang aduan atau maklumat boleh terus menghubungi ke nombor Careline Jabatan Air Sabah di 088-326888,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.288298 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list