CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Sarawak] Peniaga kuih kering terjejas, kurang pelanggan sejak dua tahun

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:30 PM | Show all posts |Read mode
LIMBANG: Beberapa peniaga kuih kering di bangunan Tamu Limbang, di sini mengakui terjejas pendapatan berikutan ketiadaan pelanggan sejak dua tahun lalu.

Sejak ditempatkan di lokasi itu pada penghujung 2019, peniaga mengakui perniagaan terjejas teruk kerana tiada pelanggan berbanding ketika berniaga di tingkat bawah bangunan sama sebelum ini.

“Sehari pernah pulang dengan ‘tangan kosong’, pelanggan kurang, memang sunyi. Inilah yang perlu kami hadapi meskipun pahit,” demikian luahan seorang peniaga Lina Abdul Hamid 65 ketika ditemui media hari ini.

Beliau berkata keadaan itu menjejaskan pendapatan peniaga seperti mereka.

“Dulu bolehlah mencapai pendapatan RM300 sebulan (semasa di tingkat bawah), tetapi sekarang nak dapat RM5 hingga RM10 memang susah, kadang-kadang berhari-hari tiada pelanggan,” jelasnya.


Keadaan lengang di kawasan jualan kuih kering di Tamu Limbang.

Menurutnya apabila perniagaan terjejas kerana ketiadaan pelanggan pendapatan mereka turut terjejas.

Jelasnya kebanyakan peniaga kuih kering di sini yang rata-ratanya  golongan kurang berkemampuan terpaksa berniaga untuk menyara pendapatan keluarga.

“Hasil jualan yang tidak seberapa ini juga terpaksa dibelanjakan untuk kos tambang kereta, itu belum termasuk lagi perbelanjaan lain...memang tidak cukup,” dedahnya.

Beliau berkata kedudukan gerai di tingkat atas antara faktor pelanggan malas hendak menaiki tangga terutama pelanggan warga emas.

Namun dia memberitahu terpaksa meneruskan perniagaan kerana tiada pilihan lain walaupun keuntungan diperoleh tidak berbaloi.

Lina amat berharap kerajaan mempercepatkan pembinaan kemudahan lif di tepi bangunan tamu Limbang untuk memudahkan orang ramai naik ke tingkat atas selain memudahkan  para peniaga mengangkut barang jualan.

"Ketiadaan tandas di tingkat atas juga menyukarkan peniaga warga emas seperti kami. Kami terpaksa ulang alik menggunakan tangga untuk ke tandas yang terletak di tingkat bawah bangunan,” katanya.

Jelasnya pihak berkuasa tempatan perlu lebih cakna keperluan peniaga dengan  menyediakan kemudahan tandas di tingkat atas bangunan.

Seorang lagi peniaga Radin Bakar 62, memberitahu kawasan perniagaan itu kini sudah tidak ramai pelanggan berbanding beberapa tahun dahulu.

“Tak macam dulu, memang ketara sangat kedatangan pelanggan semakin hari semakin merosot,” ujarnya.

Keadaan bertambah teruk katanya apabila negara dilanda pandemik COVID-19 yang turut menyebabkan ketiadaan pengunjung dari negara jiran ekoran penutupan sempadan.

Katanya lagi beliau terpaksa mengurangkan pekerja daripada lapan kepada hanya dua pekerjanya yang memproses makanan kering kerana ketiadaan pembeli.

Radin turut bersimpati dengan peniaga lain yang kerap kali mengeluh ketiadaan pelanggan setiap hari.

Sebelum ini sekitar 20 peniaga kuih kering berjaja di bahagian bawah tamu Limbang yang juga menjadi laluan utama orang ramai.

Selepas bangunan tamu dinaiktaraf, peniaga gerai makanan dan minuman yang sebelum ini ditempatkan ditingkat atas dipindah ke tingkat bawah.

Manakala peniaga kuih kering ditempatkan di tingkat atas bangunan sama dengan peniaga pakaian.

Kerana ketiadan pelanggan juga menyebabkan ramai peniaga kuih kering memilih untuk tidak berjaja di tingkat atas bangunan tersebut.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.068816 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list