CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Sarawak] Mercun dan bunga api dirampas, seorang lelaki ditangkap

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:24 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM20,000 dirampas menerusi satu serbuan di Kenyalang Park pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata polis turut memberkas seorang lelaki tempatan dalam lingkungan umur 20 tahun dalam serbuan pada kira-kira 9:00 malam.

Kes ini telah disiasat di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya, katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Polis melakukan serbuan bagi membanteras penjualan mercun dan bunga api.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching akan meneruskan operasi membanteras penjualan mercun dan bunga api.

Memahami semangat sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, polis telah meluluskan 35 lesen kepada peniaga-peniaga di Daerah kuching bagi menjual 36 jenis bunga api yang dibenarkan di bawah akta bahan letupan 1957 (Akta 207), jelasnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056026 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list