CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

[Sarawak] Limbang kurang telur ayam

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:23 PM | Show all posts |Read mode


LIMBANG: Semua pemborong telur ayam berlesen di daerah ini digesa untuk meningkatkan kuantiti bekalan dari pembekal susulan kekurangan bekalan yang dihadapi di daerah ini.


Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)  Bahagian Pulnama Tarah berkata, kekurangan bekalan telur di pasaran disebabkan pengeluaran telur ayam tidak dapat menampung permintaan dan logistik (pengangkutan) ke Limbang.

“Bagi menambah kekerapan dan kemasukan bekalan telur ke daerah ini perbincangan dengan pihak pengeluaran telah diadakan dan mereka  bersetuju  untuk menambah bekalan dan kekerapan penghantaran kepada lima kali sebulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi bekalan utama telur bagi daerah ini diperolehi dari Bahagian Miri dan Kuching.

KPDNHEP Limbang akan terus berusaha memastikan kekurangan   bekalan telur ditangani dengan melakukan penguatkuasaan dan pemantauan berterusan.

Selain itu, jelasnya para peniaga diminta membantu Kementerian untuk memastikan penawaran kepada pelanggan mengikut keutamaan dan kesesuaian.

Jelasnya isu kekurangan telur adalah bersifat sementara berikutan permintaan yang tinggi menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Pengguna dinasihatkan agar berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembelian panik bagi memastikan bekalan barang keperluan termasuk telur berada pada tahap stabil dan mencukupi,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058371 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list