CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 66|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 22/01/2022

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:21 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 218 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 245,473 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Papar. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 171 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 237,684 orang. Manakala 687 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 379 orang di hospital, 300 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 19 orang merangkumi 16 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan lima (5) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 21 (29.58%)

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes baharu kembali meningkat setelah turun 80 kes kelmarin berbanding sebelumnya. Jumlah kes baharu hari ini ialah 218 kes, 42 kes lebih tinggi daripada kelmarin.

b. Sembilan (9) daerah mencatatkan kes dua (2) angka hari ini, antaranya ialah Tuaran 37 kes (+22), Kota Kinabalu 34 kes (-7), Sandakan 21 kes (+9), Penampang 19 kes (tak berubah) dan Putatan 17 kes (+13). Sejumlah 12 daerah lagi mencatatkan kes satu (1) angka dan enam (6) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

c. Satu (1) lagi kluster institusi pendidikan timbul di Ranau hari ini yang diberi nama Kluster Jalan Bypass Kologon. Indeks kes ialah seorang pelajar asrama perempuan SMK Kundasang yang berumur 16 tahun yang mula bergejala pada 17 Januari 2022, kemudian melakukan ujian kendiri dan disahkan positif melalui saringan PCR. Saringan keatas kontak rapat yang melibatkan 70 orang telah dilakukan oleh JKNS dan setakat ini enam (6) lagi pelajar rakan sebilik indeks kes didapati positif. Kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai.

d. Seramai 215 orang daripada 218 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dan tiga (3) orang dalam Kategori 3. Tidak ada pesakit dalam Kategori 4 dan 5.

e. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (111) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Bypass Kologon - Ranau adalah kluster jenis institusi pendidikan yang menular dalam kalangan pelajar asrama di SMK Kundasang, Ranau. Kes indeks merupakan perempuan, 16, pelajar Tingkatan 4 di SMK Kundasang yang bergejala sejak 17 Januari 2022, kemudian menjalan ujian saringan kendiri pada tarikh sama. Sebaik didapati positif COVID-19, kes indeks memaklumkan kepada pihak sekolah dan terus dikuarantin, sebelum dibawa ke klinik pada 19 Januari 2022 bagi melakukan saringan ulangan pengesahan dan disahkan positif RT PCR. Saringan terhadap 70 kontak berjaya mengesan enam (6) lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak tujuh (7) kes. Semua kes dalam kategori ringan (1 dan 2) dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.084500 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list