Sarawak rekod 14 kes baharu COVID-19
KUCHING: Sarawak merekodkan 14 kes baharu COVID-19, hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini meningkat kepada 252,688 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporan hari ini berkata daripada kes baharu itu, 13 kes adalah kategori satu dan dua sementara satu kes adalah kategori tiga, empat dan lima.
Bagi Daerah, Sibu merekodkan kes harian tertinggi iaitu enam kes diikuti Miri (3), manakala Kuching, Samarahan, Meradong, Serian dan Julau masing-masing merekodkan satu kes.
Tiada kes kematian dan kluster baharu direkodkan di Sarawak.
utusanborneo.com.my/2022/01/22 |