CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang laksanakan projek tebatan banjir bernilai RM150 juta

[Copy link]
Post time 22-1-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode

Kon Yeow (tengah) diberi penerangan mengenai Rumah Pam Projek Tebatan Banjir Mak Mandin.

BUTTERWORTH - Kerajaan Pulau Pinang sedang melaksanakan projek tebatan banjir berimpak tinggi (high impact) bernilai RM150 juta di tiga daerah di negeri ini meliputi lapan kawasan 'hotspot'.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek yang dirancang itu memberi tumpuan di empat kawasan 'hotspot' di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu Parit 4; Parit 5, Sungai Permatang Rawa dan Kolam Takungan Alma.

Katanya, selain SPT, projek itu juga meliputi tiga kawasan di daerah Barat Daya iaitu Bayan Baru, Taman Iping dan Sungai Tiram serta di daerah Seberang Perai Utara iaitu Mak Mandin.

"Kos RM150 juta itu merupakan peruntukkan negeri yang mana, daripada keseluruhannya, tiga projek berkenaan sudah disiapkan iaitu di Parit 4, Parit 5 dan Mak Mandin. Sementara itu, projek di Taman Iping dan Bayan Baru dijangka siap dalam masa terdekat.

"Bagi Kolam Takungan Alma pula, ia masih dalam fasa pembinaan dan Permatang Rawa dalam proses reka bentuk semula," katanya dalam ucapannya ketika merasmikan Rumah Pam Projek Tebatan Banjir Mak Mandin di sini pada Sabtu.

Tambah Kon Yeow, selain projek-projek berkenaan, Projek Tebatan Banjir Van Pragh di daerah Timur Laut (TL) yang juga di bawah peruntukkan pembangunan negeri sedang dalam proses lantikan kontraktor.

"Sementara itu, dua projek akan dilaksanakan menggunakan peruntukan caruman peparitan iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Taman Tembikai di SPT dan Projek Tebatan Banjir Parit Monsun di Kampung Pokok Asam di TL yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana menyalurkan RM150 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang untuk melaksanakan RTB Sungai Pinang di dalam TL. Projek ini akan mengurangkan kejadian banjir di beberapa kawasan sekitar iaitu Jalan P Ramlee; Lorong Kulit, Kampung Masjid dan Jalan Dato Keramat.

"Kerja-kerja di tapak bagi RTB Sungai Pinang ini dijangkakan akan bermula pada tahun ini. Selain itu, projek RTB Taman Siakap di SPT juga dijangka akan bermula pada tahun ini dengan kos sebanyak RM20 juta. Terdapat beberapa projek RTB yang masih dalam peringkat kajian dan reka bentuk menggunakan peruntukan Persekutuan sedang dilaksanakan oleh JPS. Kita berharap agar ia dapat dibina dalam masa terdekat," katanya.

Mengulas mengenai Rumah Pam Projek Tebatan Banjir Mak Mandin, Kon Yeow berkata, projek bernilai RM42.2 juta itu merupakan usaha dan komitmen kerajaan negeri dalam mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar.

Jelasnya, projek melibatkan peruntukan terbesar yang diluluskan oleh kerajaan negeri itu mula dinaiktaraf pada 16 Mac 2018 dan siap sepenuhnya pada 8 November tahun lalu.

"Projek ini mengalami kelewatan kerana beberapa masalah berbangkit selain pandemik Covid-19. Kerja menaiktaraf meliputi skop kerja pembinaan rumah pam dan beberapa penaiktarafan pada Sungai Mak Mandin; Parit Monson; sistem perparitan dalaman di Taman Cantek; jambatan/ lintasan sedia ada, struktur 'outlet' sedia ada dan pembinaan bangunan 'ancillary' seperti TNB sub-station, control house dan guard house.

"Saya percaya dengan ini, ia akan meningkatkan tahap perlindungan banjir ke tahap optimum dan membawa manfaat kepada penduduk setempat terutamanya di sebahagian besar kawasan banjir (80 peratus) di kawasan Bagan dan Mak Mandin.

"Kerajaan negeri juga berharap dapat melihat impak positif daripada projek itu secara keseluruhannya terutama ketika berdepan perubahan iklim yang tidak menentu sehingga menyebabkan kejadian banjir yang serius, ekstrem serta luar jangkaan," katanya.

Beliau berkata lagi, 12,000 penduduk terutamanya di kawasan Taman Bagan; Taman Cantik; Bagan Specialist; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mak Mandin dan sekitar Jalan P Patto kini boleh menarik nafas lega apabila masalah sejak 20 tahun lalu kini selesai.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... bernilai-RM150-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 1.290335 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list