|
Edited by Raline at 22-1-2022 03:47 PM
Syura nikah kali kedua
Syura Badron
Kuala Lumpur: Penyanyi, Syura Badron, 36, mengakhiri status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu apabila melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, hari ini.
Berita pernikahan Syura yang berlangsung di Masjid As Salam, Puchong, dekat sini, jam 12.30 tengah hari, hari ini disahkan isteri penyanyi Lan Solo, Shila Razlan yang juga rakan baik Syura.
"Syura sah bergelar isteri sekitar jam 12.30 tengah hari tadi (hari ini). Selepas hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak, akhirnya dia menempa kebahagiaan. Alhamdulillah, tahniah buat Syura dan suami yang dinikahkan di Masjid As Salam Puchong.
"Terima kasih Ya Allah untuk perjalanan panjang yang membahagiakan untuk sahabat dunia akhiratku ini. Panjang, sangat panjang. Syura layak untuk mendapat semua kebahagiaan ini," katanya.
Shila ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum dapat berkongsi butir lanjut mengenai identiti dan status suami Syura untuk memberi ruang kepada Syura untuk mengumumkan khabar gembira itu sendiri.
"Saya sendiri belum dapat berbual panjang bersama Syura, jadi tidak pasti butir mana yang boleh dikongsikan atau tidak. Pastinya Syura akan memuat naik perkongsian di media sosial tidak lama lagi.
"Syura dan suami sudah lama berkawan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," katanya.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Syura tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.
Syura yang popular dengan lagu berentak irama Malaysia seperti Nazam Berkasih dan Bakawali, berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 29 Mac 2006. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 29 September 2014 tetapi rujuk kembali pada 10 November tahun yang sama.
Namun, pada 9 Ogos 2015, mereka bercerai buat kali kedua.
Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nurul Dania Irdani, 15; Nurul Qaisara Sofeadan Mu, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ah-kali-kedua%C2%A0
|
|