CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bahayakan nyawa demi gambar

[Copy link]
Post time 22-1-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA individu yang berhenti di bahu jalan bagi merakamkan gambar di Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Georgetown: Parkir kenderaan di bahu jalan bagi mengambil gambar, begitu situasi yang boleh dilihat sekitar waktu pagi dan petang di Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di sini.

Tindakan itu bukan sahaja boleh membahayakan diri malah membabitkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Pengguna jalan raya, Mohd Imran Ismail, 36, dari Bayan Lepas berkata, jalan raya itu menjadi tumpuan sejak ia dibuka kepada orang awam pada 13 Januari lalu.

Pemandangan cantik sebahagian Pulau Pinang menjadi tarikan menyebabkan pengunjung tidak mahu melepaskan peluang merakam gambar kenangan di atas jalan raya paling tinggi di Malaysia itu.

"Namun yang paling bimbang ialah tindakan pengunjung memanjat tempat pemegang bagi mengambil gambar, bayangkan jika struktur itu tidak kukuh, kemungkinan kemalangan boleh berlaku.

"Pengunjung juga turut menjadikan laluan basikal sebagai parkir sementara ketika mengambil gambar," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Sementara itu, Nor Adelina Lukman Hakim, 35, dari Bayan Baru berkata, dia berharap pihak yang berkenaan dapat menyediakan parkir atau tempat yang sesuai bagi aktiviti berkenaan.

"Keadaan itu boleh dilihat sekitar awal pagi dan 5 petang yang mana banyak kenderaan berhenti bagi mengambil gambar.

"Ia sudah menjadi tempat tarikan yang ikonik bagi negeri ini justeru, wajarlah pihak yang berkenaan berbuat sesuatu," katanya lagi.

Tinjauan mendapati, beberapa pemandu bertindak memberhentikan kenderaan di atas laluan basikal berhampiran lampu isyarat.

Terdapat sekumpulan lelaki menaiki motosikal turut berhenti di bahu jalan bagi merakamkan gambar dan ada yang duduk di atas tempat pemegang.

Kira-kira jam 7 petang, pasukan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat melakukan rondaan di semua laluan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, sudah mengarahkan anggota bagi melakukan pemantauan.

"Saya sudah mengarahkan pasukan polis trafik bagi membuat pemantauan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.056592 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list