CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 1

[Tempatan] Vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak penting

  [Copy link]
Post time 22-1-2022 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak penting


Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Suntikan vaksinasi membabitkan kanak-kanak penting dalam usaha mengelakkan penularan wabak di sekolah dan memastikan pembelajaran secara bersemuka dapat diteruskan serta berjalan lancar.

Pakar kesihatan turut melihat ia langkah penting dalam usaha menerima COVID-19 sebagai endemik dengan situasi penularan wabak ini tidak dapat dielakkan pada masa akan datang.

Perunding Pediatrik dan Pakar Perunding Respiratori Pediatrik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Datuk Dr Ahmad Fadzil, berkata atas dasar itu, vaksinasi untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur lima hingga bawah 12 tahun adalah sesuatu yang wajar.

"Program (vaksinasi kanak-kanak) ini telah digunakan banyak negara dan dibuktikan efektif serta selamat sebagaimana untuk golongan dewasa. Walaupun COVID-19 untuk kanak kanak lebih ringan atau tidak seteruk orang dewasa, ada kanak- kanak yang mendapat gejala dan jangkitan yang teruk.

"Selain itu, kanak-kanak juga boleh menjangkiti sesama mereka seperti di sekolah ketika bermain, dan juga menjangkiti orang dewasa termasuk kelompok berisiko tinggi.

"Oleh itu vaksinasi boleh membantu pengawalan penyakit dan mengurangkan kemasukan ke hospital," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan tempahan janji temu bagi pemberian vaksinasi untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerusi aplikasi MySejahtera akan dibuka hujung bulan ini dengan keutamaan kepada kanak-kanak dengan masalah kesihatan.

Sementara itu, Pensyarah Kesihatan Awam, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rafdzah Ahmad Zaki, berkata pemvaksinan kanak-kanak antara strategi memastikan sesi pembelajaran di sekolah berjalan lancar, bahkan pelajar dapat mengambil bahagian dalam sukan, permainan dan aktiviti berkumpulan dengan selamat.

"Kes dalam kalangan kanak-kanak juga boleh mengganggu sesi persekolahan dan memberi kesan kepada sistem pendidikan. Kesan tidak langsung adalah apabila kanak-kanak tidak dapat hadir ke sekolah dan dalam pengasingan sosial, mereka lebih terdedah kepada penderaan dan keganasan di rumah. Ini boleh meningkatkan tekanan emosi dan masalah kesihatan mental.

"Kesan susulan tidak hadir ke sekolah juga menyebabkan kanak-kanak kehilangan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang disediakan (di sekolah) terutama yang disasarkan kepada kanak-kanak berkeperluan khas seperti sokongan pembelajaran, terapi pertuturan dan latihan kemahiran sosial," katanya.

Mengulas kegusaran orang awam mengenai keselamatan vaksin COVID-19 terhadap kanak-kanak, beliau berkata, mengikut kajian, tiada kesan sampingan serius dikesan.

"Tindak balas imun kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun adalah setanding dengan individu berumur 16 hingga 25 tahun.

Selain itu, vaksin didapati 90.7 peratus berkesan dalam mencegah COVID-19 pada kanak-kanak lima hingga 11 tahun," katanya.

Tambahnya, walaupun kebanyakan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak tidak seteruk golongan dewasa, melalui vaksinasi, golongan ini boleh membantu melindungi ahli keluarga yang tidak layak untuk menerima suntikan pelalian itu selain ahli keluarga yang mungkin berdepan risiko lebih tinggi untuk sakit teruk jika dijangkiti.

Bagi Pakar Perubatan Keluarga yang juga Naib Presiden Medical Mythbusters Malaysia (M3), Dr Amirul Amzar, ibu bapa tidak seharusnya bimbang kerana vaksin COVID-19 telah diuji selamat dan berjuta-juta dos telah digunakan untuk kanak-kanak di luar negara.

"Di Amerika Syarikat (AS), sebanyak 8.7 juta dos telah diberi kepada kanak-kanak, lima hingga 11 tahun. Hanya 12 kes myocarditis (radang jantung) berlaku daripada 8.7 juta suntikan dan semuanya sembuh tanpa komplikasi.

"Berdasarkan pengalaman negara luar, kesan sampingan akibat imunisasi (AEFI) vaksin Pfizer bagi individu dalam kumpulan usia ini adalah lebih rendah berbanding mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... kanak-kanak-penting

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye lattew..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052547 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list