CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1419|Reply: 11

[Jenayah] Imam Mahdi berada di Sabah?....Pulak Dah!

[Copy link]
Post time 22-1-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 22-1-2022 04:52 PM

Padang Rengas: Polis menyiasat pemilik akuan Facebook yang mendakwa kononnya Imam Mahdi berada di Sabah melalui penstriman langsung, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Perak serta Ketua Polis Daerah (KPD) Kuala Kangsar menjalankan siasatan.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

"Ketika merakam video siaran terbabit, pelakunya di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. Jadi saya sudah arahkan Ketua JSJ Perak dan KPD Kuala Kangsar menjalankan siasatan biarpun setakat sekarang belum dimuktamadkan lagi bentuk siasatan yang dijalankan.

"Ketika ini saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana ia masih dalam siasatan. Dapat saja maklumat lanjut, saya akan kongsikan dengan media," katanya pada sidang media program High Profile Policing (HPP) Polis Perak serta Solat Jumaat PDRM Perak bersama masyarakat di Masjid Jamek Al-Marbawi, Lubuk Merbau, di sini, hari ini.

Ditanya kemungkinan perkongsian video itu ada kaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, Mior Faridalathrash berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Video berdurasi lapan minit 56 saat memperlihatkan seorang lelaki menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Sayong Lembah, tersebar sejak semalam.

Menerusi rakaman itu, lelaki itu mendakwa kononnya bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi yang difahamkan berada di Sabah.

Hasil semakan setakat jam 8 malam ini mendapati video terbabit sudah dipadam.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/802536/dakwa-imam-mahdi-ada-di-sabah-pemilik-akaun-fb-disiasat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
bebudak 'ori Sabah' bgtau...PILAK ada la kat Sabah tu.....ramaaaiii.....kata drng.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Budusnya kamu..ngaku2 imam mahdi. Solat pun tak cukup phuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
So katanya imam Mahadi akan datang akhir zaman ..so camne that time bila dia muncul mengaku dia the imam how to determine? How to differentiate the real deal with scammer? Cam ceta Messiah tu ha..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 22-1-2022 11:13 AM
So katanya imam Mahadi akan datang akhir zaman ..so camne that time bila dia muncul mengaku dia the  ...

Dah ada kisah dia dlm Al Quran x payah menggelupur. X payah tunggu dia! Tu pun bila Mekah dah hancor. Bala tentera dia dah ada melayu2 x payah feeling…jual rumah duduk dlm kebun getah la bagai.
ni yg susah nya bila org kita x belajar agama. Dia yg akan masuk Baitul Maqdis itew. Time tu Nabi Isa akan turun. Pergi Sabah kemende sembang cam taik ketum woiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahadi bz janggut rebonding?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jah bah kalau kau
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 03:48 PM | Show all posts
becir replied at 22-1-2022 11:13 AM
So katanya imam Mahadi akan datang akhir zaman ..so camne that time bila dia muncul mengaku dia the  ...

susah nak tahu .. lihat sahaja sekarang, pasukan keselamatan awal2 dah anggap itu isu keselamatan.. kedatangan imam mahadi adalah satu ancaman. even kalau ada imam mahadi yang sebenar rasanya semua negara akan anggap dia adalah ancaman kerana akan serta merta dapat sokongan tak kira dari negara mana, yang akhirnya menyebabkan sistem kerajaan runtuh... itu kalau sistem pemerintahan kerajaan belum dihancurkan selepas kedatangan dajal.. tetapi dalam keadaan sekarang siapa2 yang mengaku imam mahadi akan berhadapan dengan pasukan keselamatan dan undang-undang negara..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2022 07:27 PM | Show all posts
Adakah polis akan buat roadblock di Sabah pula untuk menghalang imam mahdi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
saki baki PYMT kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana hasil siasatan iniehhhh??
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.090490 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list