CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

[Borneo] Adakah KWSP satu-satunya jaminan masa depan?

[Copy link]
Post time 22-1-2022 12:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-1-2022 04:02 PM



KUALA LUMPUR: Apakah KWSP satu-satunya cara untuk menjamin keselamatan hidup hari tua?

Demikian persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan hujah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen semalam yang berkata pengeluaran KWSP tidak boleh diberi laluan secara mudah kerana ia adalah jaminan masa depan pencarum.

“Adakah KWSP satu-satunya cara untuk menjamin keselamatan hidup hari tua?

“Apakah jaminan untuk hidup hari tua jika rakyat hari ini pun amat terdesak untuk penuhi keperluan hidup diri dan keluarga?” soalnya lagi dalam hantaran melalui laman Facebooknya.
Tegas Dr Asyraf Wajdi, rakyat hakikatnya rata-rata menuntut simpanan mereka sendiri hari ini bukan saja-saja.

“Ramai yang mula dihalau dari rumah tak dapat bayar sewa. Ramai yang ditarik kereta dan motor kerana sudah tidak mampu bawar ansuran, ramai yang berhutang keliling pinggang untuk penuhi keperluan hidup,” katanya.

“Ramai yang tertekan memikirkan bagaimana nak pastikan makanan di atas meja terus terhidang buat keluarga. Ramai hilang punca pendapatan, hilang kerja akibat pandemik,” ujarnya.

“Mereka ini tak semuanya dapat bantuan kerajaan. Kalau dapat pun tak mencukupi sedangkan mereka tergolong dikalangan 6.83 juta pencarum yang punya wang simpanan KWSP melebihi RM10 ribu bahkan beratus ribu,” kata Dr Asyraf.

Terangnya, sedangkan Akta KWSP di bawah Seksyen 54 sendiri jelas membenarkan pengeluaran hari ini untuk penuhi keperluan dan keberterusan hidup apatah lagi yang terkesan akibat pandemik (Rujuk sub-seksyen 54 (k), 54(l) dan 54(m).

“Percaya dan yakinlah bahawa konsep rezeki bukannya diukur atas nilaian banyak atau sikitnya tabungan KWSP.

“Pun begitu, ikhtiar juga tidak pernah dinafikan. Malah pelbagai justifikasi dan hujah ekonomi juga telah banyak kali saya berikan.

“Bahkan bagaimana cara untuk menampung kembali simpanan peribadi dan kantong KWSP secara keseluruhan juga telah beberapa kali dihujahkan,” katanya.

Lebih utama katanya adalah mengelakkan mudarat besar yang dihadapi rakyat hari ini dengan mengambil mudarat kecil iaitu benarkan pengeluaran kali terakhir wang simpanan hari tua demi kelangsungan hidup ketika ini.

Terdahulu UMNO khususnya Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki konsisten memperjuangkan isu pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 secara sekaligus bagi kelangsungan kehidupan rakyat pascapandemik.


sarawakvoice.com/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.353286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list