CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Sabah] Buka Sempadan Sabah Sekarang, Kerajaan Negeri Diberitahu

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:55 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Ekonomi dan industri pelancongan Sabah hanya akan pulih secara signifikan selepas menerima kembali pengunjung antarabangsa, kata kumpulan pelancongan dan perniagaan yang menggesa sempadan negeri berkenaan dibuka semula.

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah Winston Liaw, berkata pelancongan menjadi sektor terjejas teruk akibat wabak.

Sebelum wabak, kemasukan pelancong ke negeri itu banyak menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Sabah.

Lebih 90% tenaga kerja dalam industri pelancongan membabitkan rakyat Sabah, termasuk penduduk di kawasan luar bandar turut merasai limpahan manfaat itu, katanya.

“Namun, disebabkan Covid-19, segalanya terhenti. Memandangkan lebih 90% penduduk telah menerima vaksin lengkap, sudah tiba masanya Sabah membuka sempadan antarabangsa,” katanya dalam sidang media bersama 18 kumpulan pelancongan serta perniagaan Sabah.

Liaw berkata, negeri itu boleh memulakan dengan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Kota Kinabalu dan bandar seperti Shenzhen, Seoul, dan Taipei, atau negara seperti Singapura.

Beliau menyuarakan harapan bahawa sempadan antarabangsa dapat dibuka semula menjelang akhir Februari.

Menurutnya, hotel dan kemudahan hospitaliti menunjukkan kesan positif selepas kerajaan Sabah membenarkan perjalanan antara daerah, tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kesan terhadap keseluruhan industri pelancongan masih rendah disebabkan kuasa belanja terhad pengembara tempatan.

“Kami masih menyasarkan kemasukan antarabangsa,” katanya.


Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah Winston Liaw (berdiri) bercakap dalam sidang media di Kota Kinabalu.
Tambahnya, sebelum wabak melanda, pengembara dari China merangkumi 60-70% pelancong asing, disusuli kemasukan pelancong dari Korea.

“Pelancong inilah yang sanggup berbelanja,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Foo Ngee Kee, berkata jangkitan tetap terkawal selepas kerajaan negeri membenarkan “dine-in” di premis makanan walaupun itu melanggar arahan persekutuan ketika itu.

“Tindakan berani itu menyelamatkan ramai pekerja di Sabah,” katanya.

Berikutan itu, katanya, kerajaan sewajarnya menggunakan pendekatan sama dalam menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) selepas membuka semula sempadan antarabangsa, dengan melaksanakan beberapa pengubahsuaian. – FMT


sabahpost.net/2022/01/20

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.196570 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list