CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Sabah] Demam Babi Afrika Kini Dikesan Di Penampang

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:53 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Penampang menjadi daerah ke-20 dilanda penularan Demam Babi Afrika (ASF), di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan, berkata virus itu pertama kali dikesan pada 14 Dis dan tersebar ke lima perkampungan di Inobong, Sugud dan Koidupan, di daerah berkenaan.

“Kes melibatkan 229 babi dalam kandang belakang rumah dimiliki enam pemilik berbeza. Kerugian dijangkakan mencecah RM115,000,” katanya dalam kenyataan.

Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, berkata Penampang mempunyai dua ladang babi komersial membabitkan kira-kira 2,900 haiwan itu.

Bagi mengelak penyakit menular ke daerah berhampiran, katanya, kementerian menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan melaksanakan kempen kesedaran di Penampang bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat mengenai ASF.

Jabatan itu juga akan memantau dan mengawal pergerakan babi serta produk daging haiwan itu, untuk memastikan tiada yang keluar dari daerah berkenaan buat masa ini.

Sejak penularan ASF tahun lalu, 10 daerah kini bebas penyakit itu selepas 60 hari. Daerah berkenaan adalah Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

“Kerajaan sedar kegusaran orang ramai khususnya memandangkan Tahun Baharu Cina bakal disambutan tidak lama lagi. Bagaimanapun, kami kekal optimis bahawa bekalan daging babi di Sabah akan mencukupi untuk memenuhi permintaan,” katanya.


sabahpost.net/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.058472 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list