CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 0

[Borneo] SJR paling ‘mengerikan’ bagi seorang lelaki

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:45 PM | Show all posts |Read mode


CYBERJAYA – Bagi ‘mat rempit’ dan ‘mat motor’ sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah biasa bagi mereka.

Namun, ada satu SJR yang lebih mengerikan bagi seorang lelaki iaitu ‘sekatan’ yang dilakukan oleh seorang wanita sama ada bergelar isteri atau teman wanita.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, kelihatan sekumpulan lelaki sedang leka bermain ‘motocross’ di sebuah kawasan sebelum didatangi oleh seorang wanita.

Berbekalkan ranting pokok ditangannya, wanita tersebut berjaya memberhentikan sebuah motosikal dipercayai ditunggang oleh suaminya.

Tersentak dengan aksi wanita terbabit, akhirnya lelaki terbabit ‘mengalah’ sebelum dilhat membonceng wanita itu pulang ke rumah.

Difahamkan, klip video itu dirakam di sebuah kawasan di Terengganu, namun lokasi tepat dan tarikh ia dirakam tidak dapat dipastikan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial ‘terhibur’ dengan aksi wanita itu dan mereka menyokong tindakan yang dilakukannya.

“Mungkin ini ‘roadblock’ paling mengerikan bagi seorang lelaki, bertabahlah bang, apalah nasib abang ni bila balik ke rumah,”

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ratuu Mas Melati.

“Betullah orang cakap kau ‘gangster’ macam mana pun, yang kat rumah itu lagi ‘gangster’ daripada kamu,”katanya.


sabahmedia.com/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.350127 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list