CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Sarawak] Gigih mencari rezeki sungai

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:42 PM | Show all posts |Read mode


BAGI meneruskan kelangsungan hidup, menangkap ikan di sepanjang sungai Batang Mukah merupakan satu rutin buat salah seorang nelayan di Kampung Tabo Mukah, Hamda Rajuna 46 tahun.

Seawal jam 7 pagi, dia turun ke sungai menangkap ikan menggunakan pelbagai kaedah menjala, menggunakan rawa perangkap ikan, pukat dan paling tidak pun dia memancing jika keadaan mengizinkan apatah lagi dalam keadaan tengkujuh kini.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam – itulah keadaan perlu dilaluinya setiap hari dalam meneruskan kehidupan sebagai nelayan.
Paling menariknya hasil tangkapan seperti udang, ikan buris dan ikan baong akan dijual di pasar Daro.

Untuk ke Kampung Tabo terletak di Dun Balingian ini, kawasan ini boleh dilawati menggunakan kereta atau motosikal dengan melalui perjalanan lebih 40 minit untuk sampai ke kawasan hulu Mukah ini.


Ditemui Suara Sarawak selepas menebas rumput di surau kampungnya itu, Hamda meluahkan harapannya agar bantuan bot dan enjin untuk kegunaannya meneruskan kegiatan hariannya.

“Saya sebelum ini ada bekerja kilang, bekerja di kebun sawit dan kini memang menjadi nelayan hampir lebih 10 tahun.

“Saya juga bergerak setiap hari di sungai dari kawasan Kampung Sau, Kampung Teh untuk menangkap ikan, kadangkala hasil tidak menentu.

“Malah di dalam kampung, boleh kira dalam empat hingga lima orang sahaja yang menjalankan kegiatan ini.

Namun setakat ini, saya paling aktif setiap hari turun ke sungai untuk mencari rezeki.
.
“Bergerak di sungai, saya meminjam bot dan enjin daripada penduduk kampung lain, saya berterima kasih juga kerana membenarkan saya meminjam.


“Saya hanya perlu membayar dengan hasil tangkapan kerana dia memahami keadaan saya,” ujarnya

Pemilik bot berkenaan kini juga bekerja di Miri ujarnya turut membenarkan dia menggunakan botnya selama setahun.

Ketika musim tengkujuh dan musim banjir, hasil tangkapan yang diperoleh juga tidak menentu dan paling teruk tidak akan mendapat apa-apa hasil tangkapan.

Hamda kini tinggal di kampung berkenaan juga menjaga ibunya yang tidak dapat berjalan turut berkongsikan jika musim tengkujuh seperti ini, dia akan menjalankan pelbagai jenis pekerjaan bagi mengambil upah.

“Antaranya mengambil upah menebang pokok rumbia dari orang kampung, menebas rumput, dan paling tidak pun memancing ikan di sungai di sini, dapat satu dua ikan boleh membantu kami.

“Malah hasil diperoleh menjual ikan sungai juga tidak menentu paling untung pernah saya dapat sebanyak RM2000 sebulan dan kini RM1000 – sebab semua hasil yang kami dapat dijual di pasar Daro.

“Kami akan beku, simpan di peti sejuk hujung minggu baharu akan dijual.

“Saya juga tidak tahu mungkin nama saya tercicir atau tidak diterima sebab pernah memohon bantuan nelayan sebelum ini,” katanya yang kini masih lagi bujang.



Hamda turut berkongsi bahawa menjadi cabaran baginya apabila adanya ular dan buaya di sungai Mukah.

“Sebagai nelayan, kami memang tahu ada buaya di sekeliling pada waktu malam. Kami dapat lihat mata merahnya dapat kita lihat pada waktu malam, ada-ada sahaja akan mendekati perahu selain ular juga masuk pukat.

“Namun saya bersyukur tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang saya mencari rezeki ini,” katanya lagi.

Untuk tempoh kini Hamda berharap agar ada agensi tertentu yang dapat tampil membantu dalam menyalurkan bantuan seperti bot dan enjin untuk kegunaan meneruskan kegiatan sebagai nelayan.

Malah sebelum ini, Hamda mema ng mengakui adanya bantuan untuk nelayan laut tetapi tidak tahu bagaimana nasibnya sebagai nelayan sungai.
Ini merupakan satu kisah rakyat daripada seribu kisah yang mungkin tidak kita dengari setiap hari.

Hamda salah satu cebisan kisah kegigihan rakyat meneruskan kelangsungan hidup tempoh sukar Covid-19 dan musim tengkujuh.



suarasarawak.my


January 21, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055988 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list