CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 317|Reply: 0

[Sarawak] Sebuah kereta terbakar di Bintulu

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:38 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba berusaha memadam kebakaran pada sebuah kereta di Good Park, Jalan Tanjung Batu, semalam.

BINTULU: Bahagian hadapan enjin sebuah kereta Hyundai Starex Royale terbakar 100 peratus di sebuah kediaman di Good Park, Jalan Tanjung Batu, semalam.

Insiden turut menjejaskan sebuah kenderaan jenis Kia Sorento yang mengalami sedikit kerosakan di bahagian belakang akibat terkena bahang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 7.02 malam tadi oleh pemilik kediaman.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah dikerahkan ke lokasi bagi melakukan operasi pemadaman dan menyelamat.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadam oleh penghuni kediaman terbabit menggunakan dua unit alat pemadam api dan lima unit bebola api dan air paip,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba bertindak dengan menyiram menggunakan air paip dan membuka bonet hadapan untuk menanggalkan terminal bateri kereta.

“Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bertolak balik ke balai,” ujarnya.



by Suaraswk
January 21, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.066932 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list