CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 112|Reply: 0

[Sabah] Sabah rekod satu kluster baharu COVID-19

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:24 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu COVID-19 melibatkan guru madrasah pada 20 Januari 2022.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata, Kluster Pandan Pandan, Putatan berlaku di Madrasah Darul Hadis Sabah yang terletak di Kg Pandan Pandan, Mukim Pasir Putih Putatan.

"Kes indeks adalah lelaki tempatan, 53, merupakan guru madrasah yang mula bergejala demam, batuk, selsema dan sakit badan pada 17 Januari 2022.

"Kes indeks yang melakukan saringan pada hari yang sama, didapati positif RT PCR dan telah dikuarantin serta diberikan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, saringan terhadap kontak rapat mendapati 15 orang telah disahkan positif terdiri daripada keluarga kes indeks, kakitangan dan pelajar, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes termasuk 14 kes baharu yang dilaporkan pada 20 Januari 2022.

Dalam pada itu katanya, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 20 Januari 2022 adalah sebanyak 256 kes.

"Terdapat dua kes kematian dilaporkan iaitu masing-masing di Beaufort dan Lahad Datu.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 223 menjadikan jumlah kumulatif 237,297 orang. Manakala 629 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 342 orang di hospital, 279 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, lapan orang di Pusat Tahanan

Sementara (PTS) atau penjara," katanya.

Menurutnya, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 28 orang merangkumi 25 di Unit Rawatan Rapi serta tiga di open ward dan tujuh orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 22 orang.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.078788 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list