CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Sabah] Jalan ke tanah rizab perkuburan kampung Baru Bingkor siap diselenggara

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:42 PM | Show all posts |Read mode


SELENGGARA: Beginilah keadaan jalan raya ke tanah rizab perkuburan kampung yang sudah diselenggara.

KENINGAU: Penduduk di kampung Baru Bingkor kini dapat menarik nafas lega apabila kerja-kerja penyelenggaraan daripada jalan tanah merah kepada jalan gravel ke tanah rizab perkuburan kampung itu siap dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung  (JPKK) Kg Baru Bingkor, Francis Lintau ketika ditemui merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik kerana telah bertindak menyelesaikan masalah penduduk.

Menurut beliau, jalan ke tanah rizab perkuburan kampung itu yang wujud sejak satu dekad itu tidak pernah diselenggara, namun dengan adanya wakil rakyat baharu, jalan berkenaan telah pun ditambah baik dan usaha ini amat dihargai oleh penduduk kampung.

"Saya mewakili penduduk kampung ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik kerana telah menyelesaikan perkara ini.

"Tanpa beliau (Robert), saya rasa jalan ini mungkin masih dalam keadaan yang sama, justeru saya ingin memuji usahanya kerana prihatin terhadap permasalahan rakyat di akar umbi.
"Kini kami rasa lebih senang hati kerana mempunyai pemimpin yang amat memahami keadaan rakyat memandangkan beliau sering 'turun padang' bagi melihat sendiri permasalahan rakyat di kawasan, " katanya.



utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053543 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list