CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Sarawak] Kontraktor, JKR diingatkan selesai sebarang isu projek jambatan dan jalan utama

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:34 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Semua kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menjalankan atau menyelia pembinaan projek jambatan serta jalan utama di negeri ini diingatkan untuk menyelesaikan sebarang masalah dihadapi mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi peringatan berkenaan selepas mengadakan lawatan tapak pembinaan ke Jambatan Batang Lupar bernilai RM848 juta di Triso, Jambatan Batang Saribas 1 bernilai RM385 juta di Kuala Saribas, Jambatan Batang Saribas 2 bernilai RM375 juta di Pusa, kedua-duanya di Bahagian Betong dan jambatan Batang Rajang RM321 juta (tambahan Jalan Pasi/ Tanjung Manis/Sibu) dekat Sarikei pada Khamis.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) diberi taklimat terperinci mengenai kemajuan pembinaannya oleh pegawai JKR dan kontraktor terbabit.

“Saya berharap lebih banyak langkah akan diambil oleh perunding pemantauan projek ini serta pihak JKR terutamanya di peringkat awal pembinaan. Semua langkah perlu diambil untuk memastikan jadual pembinaan dipatuhi.

"Dalam taklimat yang diberikan kepada saya ada beberapa isu yang perlu ditangani. Saya berharap JKR akan menangani dan memantau dengan teliti projek-projek ini tidak membangunkan atau menghadapi sebarang masalah besar," katanya.



Uggah mendengar taklimat mengenai projek pembinaan jambatan semasa mengadakan lawatan pada Khamis.

Beliau berkata isu utama ada kekurangan pekerja selain kelewatan mendapatkan peralatan khusus dari tempat lain.
Hadir sama lawatan, Menteri Mudanya, Datuk Majang Renggi dan Timbalan Pengarah JKR Richard Tajan.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.067636 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list