CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Sarawak] Kegiatan campur minyak masak antara punca kekurangan bekalan

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:31 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Kegiatan mencampur minyak masak subsidi dengan minyak masak terpakai oleh sindiket bagi mengaut keuntungan antara punca kekurangan bekalan minyak masak paket di pasaran.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata kegiatan ini telah dikesan dengan beberapa tangkapan telah dibuat untuk siasatan manakala lesen mereka digantung.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, harga minyak terpakai adalah lebih mahal iaitu RM4.50 sekilo berbanding minyak masak subdisi RM2.50 sekilo. Jadi sindiket ini mengambil minyak masak paket 1kilogram (kg) ini dan campur dengan minyak terpakai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di Pasar Komuniti Stutong di sini hari ini.


Rosol (tiga kanan) meninjau pelaksanaan dan pematuhan SHMKM oleh peniaga di Pasar Komuniti Stutong, Kuching. Turut kelihatan Azman (kiri) dan Wee (dua kiri).

Turut hadir Pengarah Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam dan Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng.

Tambah Rosol, isu kekurangan minyak masak paket ini juga berlaku disebabkan ada syarikat dan individu tidak bertanggungjawab yang salah guna minyak ini.
Maksudnya, mereka mengambil minyak masak subsidi 1kg ini untuk dibotolkan semula sebab harga minyak botol adalah lebih mahal.

Sebab ketika katanya, minyak masak paket turut dibeli oleh golongan M40 dan pengusaha-pengusaha restoran yang mana adalah tidak layak untuk minyak masak ini melainkan B40 sahaja.

Mengenai isu kenaikan harga barang, Rosol berkata ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kenaikan harga barang oleh peniaga.

Bagi barang pertanian misalnya, harga makanan ayam yang terdiri daripada jagung dan soya import meningkat, kos pengangkutan tinggi serta masalah pekerja asing.

“Itu antara yang dimaklumkan kepada kita dan apabila kita kaji ada kebenarannya namun pada masa yang sama kita berunding supaya kenaikan tidak terlalu mendadak,” katanya.

Ujar Rosol lagi jika harga satu-satu barang naik ia akan berkait dengan barang yang lain.

Dalam hal ini katanya kementerian mahu pastikan peniaga tidak rugi dan pengguna tidak teraniaya.

Peniaga katanya boleh menaikkan harga barang tetapi dengan syarat tidak ada unsur mencatu dan tidak mengaut keuntungan terlampau tinggi.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.049150 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list